SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA ( Helpdesk Fizikal)
Terkini kiosk Bantuan MySejahtera akan dibuka pada setiap hujung minggu nanti. Kepada pengguna aplikasi MySejahtera yang mempunyai masalah atau pertanyaan terhadap aplikasi ini, anda boleh melawat kioskbantuan ini. Kiosk MySejahtera secara fizikal akan ditubuhkan di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai berkenaan sijil vaksinasi. Disini kami akan kongsikan senarai lokasi terkini kiosk MySejahtera, semoga membantu
FUNGSI HELDESK MYSEJAHTERA FIZIKAL
Helpdesk MySejahtera fizikal ini diwujudkan kepada pengguna MySejahtera yang mempunyai masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke helpdesk fizikal ini untuk selesaikan masalah. Walaubagaimanapun fungsi helpdesk di aplikasi MySejahtera masih diteruskan.
DOKUMEN DIPERLUKAN DI KIOSK BANTUAN MY SEJAHTERA
Berikut adalah merupakan antara senarai dokumen yang perlu anda bawa sebelum melawat kiosk bantuan ini bagi melancarkan sebarang urusan:
- Kad vaksinasi fizikal
- Kad pengenalan
- Dokumen vaksinasi daripada luar Negara
- Passport (lama dan baru)
- Surat pengesahan tamat HSO
- Dokumen pelancongan/perjalanan ke luar atau dari luar Negara
- Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar Negara
- Dokumen VTL (udara dan air)
* Pastikan anda membawa mana-mana dokumen yang berkaitan dengan permasalahan anda
SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA
Sebagai permulaan, berikut adalah merupakan senarai lokasi kiosk bantuan ini yang dibuka (setiap hujung minggu) untuk pengguna aplikasi MySejahtera untuk membuat sebarang pertanyaan:
TEMPAT | TARIKH | MASA |
World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur | 19 & 20 Feb 2022 26 & 27 Feb 2022 5 & 6 Mac 2022 12 & 13 Mac 2022 | 9 Pagi – 5 Petang |
Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam | 26 & 27 Feb 2022 5 & 6 Mac 2022 | 9 Pagi – 5 Petang |
NOTA:
- Pastikan anda patuhi SOP yang ditetapkan dan pakai pelitup muka dnegan betul semasa hadir ke kiosk bantuan ini
- Pastikan anda hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
- Bagi negeri-negeri lain dan diumumkan dalam masa terdekat bila waktu pembukaan kiosk bantuan ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kiosk bantuan MySejahtera ini, anda boleh melayari website rasmi MySejahtera di pautan mysejahtera.malaysia.gov.my
ARTIKEL LAIN
KEMASKINI MySEJAHTERA 2022(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19)