
Skim Peduli Kesihatan Untuk Anda
SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK ANDA
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.
Skim Peduli Kesihatan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Adakah benar Skim Peduli Kesihatan Untuk Anda?
PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah.
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40.
MENGAPAKAH PEKA B40 DIWUJUDKAN ?
FAKTOR | PENERANGAN |
---|---|
Beban Penyakit Tidak Berjangkit | Darah tinggi, kencing manis, dan tahap kolesterol tinggi |
Kesihatan Mental | 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental |
Beban Kanser | Kejadian kanser semakin meningkat dan lambat dikesan |
Rawatan Kanser | Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser |
Kos Alat Perubatan | Sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit |
Masalah Pengangkutan | Kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan |
SIAPA YANG LAYAK ?
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar pada tahun 2019, berumur 50 tahun dan ke atas secara automatik layak menyertai skim ini. Tidak perlu membuat permohonan baru untuk Skim Peduli Kesihatan.
CARA SEMAK KELAYAKAN SKIM PEDULI KESIHATAN (PEKA B40)
Boleh semak juga :https://kekandamemey.com/semak-keputusan-skim-air-darul-ehsan.html
Penerima BSH dan pasangannya yang berumur 50 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di www.pekab40.com.my bermula Mac 2019.
Hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain untuk tujuan keselamatan .
Jika layak atau gagal, anda akan diberitahu.
BERIKUT ADALAH JENIS MANFAAT DAN CONTOH
JENIS MANFAAT | CONTOH MANFAAT |
---|---|
Saringan Kesihatan | -pemeriksaan kesihatan mental, -klinikal payudara -klinikal prostat (jika perlu) -pemeriksaan makmal merangkumi ujian darah dan air kencing |
Bantuan Alat Perubatan | -had maksimum RM20,000 terhad -10 alat perubatan yang boleh dipohon |
Melengkapkan Rawatan Kanser | -RM1,000 dibayar kepada pesakit melengkapkan rawatan di fasiliti KKM - bayaran secara berperingkat bergantung kepada tahap rawatan |
Tambang P engangkutan | -maksimum RM500 bagi Semenanjung -RM1,000 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan bagi setiap penyakit. |
BOLEHKAN PENERIMA MENJALANKAN UJIAN SARINGAN DI KLINIK SWASTA ?
-Saringan kesihatan boleh dijalankan di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik.
– Senarai Klinik PeKa B40 boleh dirujuk di www.pekab40.com.my bermula Mac 2019.
-Di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan.
BAGAIMAKAH KEPUTUSAN SARINGAN ?
-Untuk penerima yang telah menjalankan Saringan Kesihatan, mereka akan diberi tarikh untuk lawatan susulan (kedua).
-Keputusan saringan kesihatan akan dimaklumkan oleh doktor pada lawatan kedua.
-Sekiranya rawatan atau pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor swasta akan merujuk penerima ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kementerian Kesihatan yang relevan dan terdekat.
– Surat rujukan akan dikeluarkan oleh klinik swasta untuk dibawa ke fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
SYARAT UNTUK MENERIMA MANFAAT BANTUAN ALAT PERUBATAN,INSENTIF MELENGKAPKAN RAWATAN KANSER DAN INSENTIF TAMBANG PENGANGKUTAN
SYARAT UNTUK MENERIMA MANFAAT |
---|
Penerima BSH dan pasangannya yang berdaftar pada tahun 2019 |
Berumur 50 tahun dan ke atas |
Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1) |
Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja |
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang layak Skim Peduli Kesihatan, sila beri penjelasan kepada mereka. Beri panduan kepada mereka bagaimana untuk merebut bantuan kerajaan ini.
Pihak kerajaan telah menyediakan peluang kepada rakyat supaya sentiasa mengambil peduli tentang kesihatan masing-masing untuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Untuk lebih maklumat, sila layari https://www.pekab40.com.my/bm
Anda juga boleh baca tentang bantuan kerajaan disini :
Tags: #B40 #Bantuan Alat Perubatan #Melengkapkan Rawatan Kanser #PEKA B40 #Saringan Kesihatan #SKIM PEDULI KESIHATAN #Tambang P engangkutan