ADAKAH LAYAK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?
Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana akan dibuka mulai 1 Mei 2020, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada laman Facebook LHDN petang tadi. Namun demikian, Portal GKP masih belum dapat dibuka. Bermula 1 Mei 2020, kerajaan akan membuka permohonan GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) secara atas talian melalui PORTAL GKP.
BACA : ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN
Jika anda ingin membuat rayuan BPN, ini CONTOH SURAT RAYUAN BPN
Antara kebimbangan dan menjadi pertayaan kepada semua PKS dan syarikat mikro di Malaysia adalah isu berkaitan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Jangan bimbang, anda baca tentang info tentang Geran Khas Prihatin(GKP).
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN
Jumlah Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE
SEMAKAN KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
BACA : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2020
TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
Adakah anda tahu tentang PERUMAHAN PPR DISEWA & DIMILIKI & MYHOME?
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
ADAKAH LAYAK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?
“ Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN? “
Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
Ini cara untuk buat rayuan GERAN KHAS PRIHATIN bersama senarai dokumen sokongan untuk memudahkan anda.
Jadi, jika anda berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, maka anda boleh memohon Geran Khas Prihatin(GKP).
BACA : MAKSUD STATUS GERAN KHAS PRIHATIN
adakah tadika layak mohon?tq
bleh cuba ..cuba daftar , bt semakan disini https://kekandamemey.com/daftar-loginpermohonan-semakan-geran-khas-prihatin.html
Kalau saya cuma ada pendaftaran Ssm saja, boleh layak ke??
boleh cuba..cuba ikut step ini https://kekandamemey.com/daftar-loginpermohonan-semakan-geran-khas-prihatin.html
Perusaha OKU blh menerima GKP
inshaallah bleh cuba puan
Kenapa tkn dh isi kata laluan n tkn btg dftr tpi xde respon?dh byk Kali buat.help me
ssm sudah tamat tempoh,adakah masih boleh mohon gkp andai diperbaharui
Assalamualaikum.. ssm saya mati pada 22/4/2020 time pkp .. boleh ke saya mohon GKP ? Atau perlu saya baharukan dahulu?
Ada ka sya layak mmohon geran khas perihatin jika tidak bedaftar dengan LHDN dan xpunya lesen berniaga
saya baru daftar perniagaan adakah saya layak mohon
kalau sdn bhd boleh memohon tak gkp? pekerja 3 org
sy baru mohon n boleh lagi tak