CARA DAFTAR AKAUN MBO CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

CARA DAFTAR AKAUN MBO CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

AKAUN MBO CINEMA

Sekiranya  akan ingin melihat wayang, anda kini boleh mencuba membeli tiket secara online. Ini akan memudahkan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang di kaunter.

 

Semestinya anda ingin mengetahui cara membeli tiket secara online kan? Untuk membeli secara online anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar akaun MBO Cinema, semoga membantu.

 

APA ITU MBO CINEMA

MBO Cinema Sdn. Bhd. (MBO Cinemas), juga dikenali sebagai singkatan MBO, ialah rangkaian pawagam di Malaysia. Ia adalah rangkaian pawagam ketiga terbesar di negara ini selepas Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas. MBO Cinemas telah dibubarkan pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Kemudian pada tahun 2021, Golden Screen Cinemas memperoleh aset majoriti MBO Cinemas. Tetapi pada 19 Disember 2021, ia telah dilancarkan semula dengan pelabur baharu dan di bawah pengurusan serba baharu.

Setakat hari ini, MBO Cinemas kini mengendalikan 9 cawangan di Semenanjung Malaysia yang terletak di Atria Shopping Gallery, Space U8, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Elements Mall Melaka, Melaka Mall, Brem Mall, U-Mall Skudai dan Quayside Mall.

 

APLIKASI MBO CINEMA

Untuk memudah urusan anda, sebaiknya anda memuat turun dahulu aplikasi MBO Cinema ini:

 

CARA DAFTAR AKAUN MBO CINEMA

Untuk membuat tempahan tiket wayang secara online, seharusnya anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MBO Cinema tersebut atau layari pautan https://mbocinemas.com/browsing/
  2. Seterusnya klik pada Sign Up
  3. Isikan maklumat yang diperlukan pada bahagian:
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Perhubungan
    • Senarai cawangan MBO pilihan anda
    • Maklumat Log masuk (kata laluan)
  4. Setelah lengkap semuanya tick pada terma dan syarat dan klik pada Activate Account
  5. Pendaftaran akaun anda telah berjaya

 

SENARAI MOVIE TERKINI MBO

Untuk melihat senarai movie terkini, anda hanya perlu buka aplikasi MBO Cinema tersebut dan paparan akan menunjukkan senarai movie terkini.

 

CARA BELI TIKET WAYANG MBO ONLINE

Setelah anda berjaya daftar akaun, berikut adalah merupakan cara membeli tiket wayang secara online:

  1. Buka aplikasi MBO tersebut dan Log masuk dengan menggunakan akaun anda
  2. Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemes
  3. Untuk melihat movie yang sedang berlangsung dan sedang di mainkan di pawagan, klik pada View Showimes
  4. Paparan movie yang sedang berlangsung akan terpapar atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
  5. Klik pada pilihan movie anda inginkan, paparan akan menunjukkan senarai waktu tayangan mengikut lokasi pawagam. Anda perlu membuat pilihan mengikut senarai yang diberikan
  6. Seterusnya anda perlu membuat pilihan jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
    • Adult Standard
    • Adult VIP
    • Child Standard
    • Child Vip
    • Adult Couple (P)
  7. Setelah selesi klik pada Continue. Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue
  8. Seterusnya maklumat pengesahan akan tertera, sahkan maklumat tersebut dan klik Checkout
  9. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • No Telefon
  10. Seteleh lengkap klik continue. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan, tick pada terma dan syarat dan klik Pay Now. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  11. Status pembelian tiket akan terpapar. Pembelian tempahan tiket anda telah berjaya

 

CARA GUNA TIKET WAYANG ONLINE

Setelah proses pembelian tiket anda selesai, berikut adalah cara penggunaannya:

  1. Semasa di panggung MBO tersebut, buka aplikasi MBO anda
  2. Klik pada bahagian ikon Menu (garis tiga bertindih) > Purchases
  3. Paparan tempahan tiket anda akan tertera, klik pada tiket tersebut untuk melihat QR Code ticket
  4. Gunakan code tersebut untuk di imbas atau di scan dan disemak oleh staf MBO ketika ingin masuk ke dalam pawagan

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AKAUN GSC CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

Leave a Comment