AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

Adakah anda sedar bahawa kita mempunyai undang-undang khas yang berkaitan mencegah dan mengawal penyakit di Malaysia ? Nama undang-undang ini adalah Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988. Mereka yang telah diarahkan untuk kuarantin di rumah tertakluk kepada Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 yang kalau ingkar, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Di Malaysia sekarang, terdapat ramai pesakit di bawah siasatan(Patient-Under Investigation) berkaitan wabak Covid-19  yang disuruh untuk dikuarantin di rumah, ini merupakan tugas yang sangat berat untuk Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk memantau pesakit yang di bawah siasatan.

Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan :

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya;

(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya;

(c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

PERATURAN-PERATURAN KUARANTIN DI MALAYSIA

1. Tidak dibenarkan pergi kerja.

2.Tidak dibenarkan berkongsi barang keperluan diri termasuk alatan dapur.

3.Makan seorang diri.

4.Duduk di dalam bilik

5.Tidak boleh berkongsi bilik air.

6.Tidak dibenarkan keluar rumah. Pergerakan anda di dalam rumah sepatutnya terhad.

RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB

Jika anda menerima arahan daripada pihak KKM untuk dikuarantin di rumah, anda perlu patuh dan ikut segala arahan yang diberikan untuk mengelakkan diri menjadi punca penyebaran wabak Covid-19.

Selain itu, pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang didapati melanggar perintah yang ditetapkan.

SENARAI PENYAKIT YANG PERLU DIKUARANTIN

Berikut adalah senarai penyakit yang berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit :

  1. Avian Influenza
  2. Batuk Kokol
  3. Campak
  4. Chancroid
  5. Demam denggi dan demam denggi berdarah
  6. Demam kuning
  7. Difteria
  8. Disenteri (Semua jenis)
  9. Ebola
  10. Jangkitan Gonococcal (Semua jenis)
  11. Jangkitan virus Zika
  12. Leptospirosis
  13. Keracunan makanan
  14. Kolera
  15. Kusta
  16. Malaria
  17. Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
  18. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
  19. Plague
  20. Poliomielitis (Akut)
  21. Rabies
  22. Relapsing fever
  23. Sifilis (Semua jenis)
  24. Tetanus (Semua jenis)
  25. Tifoid dan paratyphoid
  26. Tifus dan ricketsioses lain
  27. Tuberkulosis (Semua jenis)
  28. Viral ensefalitis
  29. Viral hepatitis
  30. Apa-apa jangkitan microbial lain yang mengancam nyawa.

Tags: #AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT #PERATURAN-PERATURAN KUARANTIN DI MALAYSIA #RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB #SENARAI PENYAKIT YANG PERLU DIKUARANTIN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT"