ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN

ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN

ALASAN TIDAK LULUS BPN

Semakan mendapati permohonan baharu atau rayuan BPN anda tidak lulus. Apakah keterangan alasan berkenaan status tidak lulus tersebut?

Semakan kelulusan dikategorikan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa keterangan alasan berikut:

-Pasangan telah memohon sebagai IBT/ Bujang (AB VS B)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon sebagai Ibu Bapa tunggal / bujang dan telah diluluskan

 

-Kahwin Dengan Maklumat Yang Sama (AB) vs (BA)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dan meletakkan pemohon sebagai pasangan.

 

-Kahwin Dengan Maklumat Yang Berbeza (AB) vs (BC)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dengan mengemukakan maklumat pasangan yang lain.

-Kahwin Dengan Maklumat Pasangan Yang Sama (AB) vs (CB)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN wujud sebagai pasangan di permohonan lain.

ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN

-Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap

Status yang dikemukakan semasa mengisi permohonan BPN adalah status kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.

 

-Pasangan meninggal dunia

Maklumat pasangan yang dikemukakan telah meninggal dunia berdasarkan semakan semula dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

-Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon

Semakan mendapati pemohon tidak melepasi syarat kelayakan umur untuk memohon BPN. Syarat kelayakan memohon BPN adalah berumur 21 tahun dan ke atas bagi bujang, manakala bagi Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda adalah berumur 18 tahun dan ke atas.

 

-Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8,000

Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM8,000 dan ke atas berdasarkan data daripada:

1.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),

2.Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia),

3.Bendahari Negeri Seluruh Malaysia,

4.Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

5.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

6.Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan

7.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

-Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000

Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM4000 dan ke atas berdasarkan data daripada:

1.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),

2.Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia),

3.Bendahari Negeri Seluruh Malaysia,

4.Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

5.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

6.Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan

7.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

BACA : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2020

-Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar

Semakan dengan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapati pemohon merupakan pelajar dan tidak  menepati syarat kelayakan memohon.

 

-Maklumat Pengenalan Pemohon Berbeza Dengan Semakan Data Agensi

Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati pemohon telah memohon dengan menggunakan maklumat pengenalan yang tidak tepat.

 

-Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi

Semakan dengan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat. Semakan dibuat berdasarkan data terkini yang dikemukakan oleh agensi iaitu aktif sehingga 31 Disember 2019. Pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE

Tags: #ALASAN TIDAK LULUS BPN #ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      Muhammad ed bin musa10 months ago

      Saya nak rayu bpn kenapa saya x lulus saya nak mohon bpn

      Reply
    2. author

      KANMANI A/P GOBEL7 months ago

      rayun online bolehkan

      Reply
    3. author

      Mohamad adila bin tadzam6 months ago

      Rayuan saya tidak lulus BHH

      Reply
    4. author

      juliana4 months ago

      saya tak lulus..mcamana nak buat permohonan semula

      Reply

    Leave a reply "ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN"