APA ITU INISIATIF SELangkah‍

APA ITU INISIATIF SELangkah‍

APA ITU INISIATIF SELangkah

Dengan PKPBD, Kerajaan Negeri bersedia dengan pergerakan masyarakat yang lebih tinggi, seiring dengan pengoperasian semula beberapa sektor ekonomi.

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.

SELangkah – “Langkah masuk dengan selamat” diwujudkan bagi memastikan kesiapsiagaan entiti perniagaan dan industri sepanjang aktiviti perniagaan berlangsung.

SELangkah – merupakan sistem pendaftaran keluar-masuk automatik di premis-premis perniagaan menggunakan teknologi Kod QR yang rinkas.

Ini adalah sejajar dengan seruan YAB PM semasa sidang akhbar khas 1 Mei yang menggesa agar peniaga-peniaga mendaftar rekod kehadiran pengunjung ke premis mereka.

‍OBJEKTIF SELangkah‍

Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang:

  • Melindungi premis perniagaan
  • Melindungi pelanggan
  • Membantu pasukan baris hadapan

‍PENGESANAN KONTAK OLEH JABATAN KESIHATAN

SELangkah bakal melengkapi ikhtiar Pengesanan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri, terutamanya apabila terdapat kes-kes yang dikesan di premis perniagaan (cth: pasar awam, pasaraya, dan kedai-kedai runcit).

Dengan sistem SELangkah, pihak Kesihatan dapat serta-merta mengidentifikasi pelanggan-pelanggan lain yang mungkin terdedah kepada kes COVID-19 semasa menjalankan urusan jual-beli, supaya saringan dan ujian dapat dijalankan lebih awal.

‍SOALAN LAZIM TENTANG APA ITU INISIATIF SELangkah‍

Apakah ini kaedah baharu? atau kaedah yang telah lazim digunakan?

Jawapan: Praktis pendaftaran pengunjung sudah merupakan suatu kelaziman yang kita amalkan sehari-sehari apabila melawati rakan taulan kita di sesuatu kondominium, ataupun apabila menghadiri mesyuarat atau kursus.

 

Inisiatif SELangkah mengolah suai amalan lazim ini, sebagai kaedah bagi kawalan wabak COVID-19.

 

Dengan SELangkah, kaedah buku pendaftaran manual ini diubah kepada kaedah automatik, sekaligus meningkatkan kepantasan, dan efsiensi pendaftaran di premis-premis awam dan perniagaan.

Apakah peranan peniaga/pemilik premis bagi mendokong inisiatif SELangkah ini?

Jawapan: Para pemilik premis adalah diminta untuk mencetak sendiri dan mempamer Kod QR bagi premis masing-masing melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my yang boleh dicapai bermula 4 Mei 2020. Kebanyakan premis perniagaan telahpun didaftarkan, manakala sekiranya belum – para pemilik premis boleh melakukan “self-registration” di portal tersebut.

Apakah peranan pengunjung/pelanggan premis pula?

Jawapan: Para pengunjung premis pula diminta untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunkan fungsi kamera di telefon bimbit, samada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.

 

Apakah data yang akan disimpan melalui inisiatif SELangkah ini?

Jawapan: Data yang akan disimpan hanyalah (tarikh dan masa) pengunjung di sesuatu kedai/premis, dan juga nombor telefon. Ini akan membentuk log kehadiran bagi sesuatu premis.

Bilakah log kehadiran ini akan digunakan?

Jawapan: Sekiranya terdapat kes COVID-19 dikesan di premis perniagaan tersebut, log kehadiran ini akan diaktifkan oleh pegawai kesihatan Awam, bagi memudahkan tujuan menghubungi pelanggan-pelanggan lain yang berkemungkinan terdedah kepada risiko jangktan COVID-19.

Bagaimana SELangkah berbeza dengan penyelesaian pengesanan kontak melalui aplikasi mobil yang lain?

Jawapan: Terdapat beberapa aplikasi mobil yang sedia ada disediakan (contohnya, MySejahtera, MyTrace) bagi memudahkan urusan Contact Tracing. SELangkah menggalakkan semua rakyat memuat turun aplikasi-aplikasi tersebut.

 

SELangkah merupakan sebuat ikhtiar yang akan melengkapkan/komplimentari kepada kaedah-kaedah di atas, terutamanya kepada mereka yang mempunyai telefon bimbit yang tidak sesuai bagi aplikasi mobil, dalam keadaan kehausan bateri, ataupun golongan yang bukan merupakan penduduk tetap.

 

SELangkah menggunakan teknologi kod QR, yang universal dan boleh digunapakai oleh telefon bimbit dengan sistem pengoperasian iOS ataupun Android.

 

SELangkah juga merupakan penyelesaian yang berpusatkan premis (premis-centric) berbanding individu (individual-centric), dan hanya menyimpan log kehadiran semasa urusan lawatan/jual-beli.

Dimana saya boleh mendapat meklumat lanjut?

Jawapan: Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.selangkah.mbiselangor.com.my atau www.selangkah.my

Entiti mana yang mengurus dan mengawal selia platform SELangkah?

Jawapan: Platform SELangkah diurus dan dikawal selia bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga pihak berkuasa tempatan.

Tags: #APA ITU INISIATIF SELangkah‍ #OBJEKTIF SELangkah #PENGESANAN KONTAK OLEH JABATAN KESIHATAN #SOALAN LAZIM TENTANG SELangkah

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan

    Leave a reply "APA ITU INISIATIF SELangkah‍"