APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH

APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH

APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH

Kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH

Bermaksud  kawalan pergerakan mengikut daerah yang telah ditetapkan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Orang ramai tidak dibenarkan keluar ke daerah lain seperti biasa untuk satu tempoh yang ditetapkan.

SENARAI PERKHIDMATAN DIBENARKAN SEMASA KAWALAN RENTAS DAERAH

Namun, katanya, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

SOP KAWALAN RENTAS DAERAH

Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

ADAKAH DIBENARKAN PERGERAKAN RENTAS DAERAH JIKA ADA HAL KECEMASAN?

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi tentang kebenaran pergerakan rentas daerah di SABAH.

Namun demikian, anda boleh cuba mohon kebenaran dengan menulis surat rasmi dan menyediakan dokumen rasmi yang berkaitan

Berikut adalah contoh :

CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN RENTAS NEGERI/DAERAH

CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PERGERAKAN RENTAS DAERAH

MAKLUMAN PENTING

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah menyiarkan nama individu yang positif Covid-19 kerana perkara tersebut tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, dan mana-mana pihak yang mengeluarkan nama individu dijangkiti wabak berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Begitu juga dengan arahan kuarantin 14 hari yang hanya KKM boleh mengeluarkan surat pengesahan kepada setiap individu sama ada mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 atau yang mempunyai gejala.

KKM akan memaklumkan mengenai kuarantin 14 hari melalui surat yang akan dihantar kepada mereka yang terlibat

Kerajaan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak menjadi penyebar berita palsu kerana perkara itu boleh menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam Covid Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri

 

Tags: #APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH #SOP KAWALAN RENTAS DAERAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR   APA ITU eRumah
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM

    Leave a reply "APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH"