APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula 4 Mei 2020. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu untuk mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.
Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan data yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.
PKPB bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa. Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.
TERKINI: PKP Bersyarat akan dijalankan mulai 9 Oktober 2020 di kawasan:
Selangor: Klang
Sabah: Sandakan, Papar dan Tuaran
Pergerakan keluar & masuk ke kawasan itu tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan perlu & mendapat kebenaran pihak berkuasa
Perkhidmatan seperti kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaguna serta stesen minyak hanya 6 pagi hingga 6 petang. Kedai makan hanya untuk dibungkus.
Majikan tidak boleh ambil tindakan kepada pekerja yang tidak hadir ke tempat kerja kerana ia adalah arahan dikeluarkan kerajaan.
Bagi memastikan semua penduduk mematuhi PKPB yang dilaksanakan, PDRM, ATM, APM, RELA serta PBY diberi kuasa mengawal kawasan terlibat.
APAKAH MAKSUD PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT(PKPD)?
Bermaksud semua penduduk dari kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar dari situ manakala orang luar pula tidak dibenarkan sama sekali masuk ke situ. Semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan. Penduduk tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali.
APA ITU PENJARAKKAN SOSIAL?
Penjarakkan sosial, ataupun social distancing adalah terma yang bermaksud penghindaran hubungan antara masyarakat seperti berjabat tangan, duduk berdekatan atau perhimpunan.
Ini bermaksud penjagaan jarak fizikal antara satu sama lain dan menghindari dari berkunjung ke tempat awam yang boleh meningkatkan risiko anda dijangkiti seperti pasaraya, masjid atau perhimpunan ramai.
Di kala krisis pandemik ini, amatlah penting untuk mengamalkan tabiat penjarakkan sosial dengan segera. Kerajaan Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus mengaktifkan penjarakkan sosial di skala nasional.
Nak tukar status perkahwinan dan nombor akaun bank BPN 2.0?Rujuk CARA KEMASKINI BPN 2.0
KENAPA KITA PERLU MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL
Untuk memahami mengapa kita semua perlu mengamalkan penjarakkan sosial, kita perlu mekanisme wabak COVID-19.
Kajian masih lagi sedang dilakukan untuk memahami wabak ini dengan lebih mendalam. Kini, maklumat yang telah diperolehi adalah:
- COVID-19 disebarkan melalui titisan air di udara
- Lebih kurang 80% dari pesakit menunjukkan simptom sederhana seperti batuk dan demam
- tempoh inkubasi virus selama 2 hingga 14 hari
- kemampuan jangkitan yang tinggi
- Ini bermakna orang yang membawa penyakit ini boleh berada di sekeliling tanpa dia atau kita sedari!
Perkara terbaik yang mampu kita lakukan adalah sentiasa membasuh tangan secara menyeluruh dan elakkan dari menyentuh muka apabila keluar rumah. Selain mengawal wabak COVID-19 dari merebak melalui permukaan tercemar, kita juga tahu bahawa penyebaran sesama manusia dapat dielakkan secara efektif apabila kita mengelakkan dari terdedah dengan persekitaran sekeliling pesakit yang tercemar.
Jadi, pelindung terbaik adalah dengan menghindari persekitaran sosial, ataupun sekurang-kurangnya menjaga jarak fizikal. Itulah yang dimaksudkan dengan penjarakkan sosial.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGAMALKAN PENJARAKKAN SOSIAL
- Elakkan dari keluar rumah kecuali untuk hal penting
- Elakkan pengunjung datang ke rumah
- Elakkan tempat di mana anda akan berjumpa dengan seseorang
- Menjaga jarak sekurang-kurangnya *6 kaki (~2 meter) dengan orang lain
BILAKAH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Mulai 4 MEI 2020
CONTOH AKTIVITI YANG DIBENARKAN SEMASA PKPB
bermain, kayuhan basikal, badminton, jogging dalam kelompak kecil,sukan outdoor yang tidak melibatkan orang ramai,aktiviti perniagaan dibenarkan bersyarat.
CONTOH AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN SEMASA PKPB
sukan bola sepak, ragbi, renang tempat awam, bazar ramadan, bazar raya, panggung wayang, pusat hiburan,pusat karokae,taman tema,karnival jualan, persidangan ,pameran
ADAKAH PERJALANAN RENTAS NEGERI DIBENARKAN SEMASA PKPB
Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
KEMASKINI TERBARU PKPB DI KLANG DAN 3 KAWASAN DI SABAH
Antara SOP PKPB di Klang, Selangor dan 3 kawasan di Sabah mulai 9 Oktober 2020:
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
• Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service)hendaklah ditutup.
• Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka
dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.
• Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
• Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
• Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
• Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
• Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
• Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
• Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
• Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
• Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu
mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
• Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
• Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
• Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
• Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.
• Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan
KEMASKINI TERBARU PKPB DI SELANGOR,KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
[TERKINI] PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Perkara itu dimaklumkan oleh DS @IsmailSabri60 dalam sidang media sebentar tadi.
AKTIVITI YANG DILARANG SEMASA PKPB
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Rujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara(MKN)
Apakah jenis kilang yang boleh beroperasi semasa perintah PKPB dan bagaimana cara untuk memohon kilang beroperasi semasa perintah PKPB