SENARAI BARANG CAMPING (Family Camping Hujung Minggu)

SENARAI BARANG CAMPING (Family Camping Hujung Minggu)

SENARAI BARANG CAMPING

Kepada anda yang baru ingin meluangkan masa mencari ketenangan bersama keluarga atau kawan-kawan, anda boleh luangkan masa tersebut dengan camping. Semestinya untuk perkhemahan ini anda perlu membuat persiapan terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai barang camping yang perlu disediakan, semoga membantu.

 

APA ITU CAMPING

Camping atau perkhemahan ialah satu bentuk rekreasi luar yang melibatkan penginapan bermalam dengan tempat perlindungan sementara asas seperti khemah. Perkhemahan juga boleh termasuk kenderaan rekreasi, khemah kekal, tempat perlindungan seperti bivy atau tarp, atau tiada tempat perlindungan langsung.

 

KELEBIHAN CAMPING

Berikut adalah merupakan kelebihan camping ini iaitu:

  • Menikmati alam semulajadi
  • Luangkan masa bersama keluarga atau rakan
  • Mencari pengalaman baru
  • Latihan bersesuaian hidup dengan alam semulajadi

 

SENARAI BARANG CAMPING

Untuk persiapan dan kelengkapan, barang yang dibawa sedikit dan hanya yang perlu digunakan sahaja. Antara barangan yang perlu anda sediakan adalah:

SENARAI BARANG CAMPINGKEGUNAAN
MakananPastikan anda membawa makanan yang diperlukan semasa berkhemah nanti untuk dimasak dan dimakan bersama-sama
Camping Mat Ultralight (Kalis Air)Digunakan sebagai alas di dalam khemah ataupun alas tempat duduk di luar khemah dan juga untuk menutup barang-barang semasa hujan kerana ia mempunyai ciri-ciri kalis air..
KhemahSeeloknya  khemah yang mempunyai ciri seperti kalis air, ruang khemah yang luas, kestabilan khemah, khemah yang berkualiti dan kelebihan dimiliki.
Sleeping Bag Kalis AirUntuk mendapatkan keselesaan semasa tidur dan membantu menghindar gigitan serangga semasa tidur kerana ia akan meliputi seluruh badan badan
Kelengkapan MemasakSekiranya anda bermalam di puncak, anda boleh membawa makanan tin beserta alat-alat kelengkapan masak yang perlu antaranya seperti mess tin, kokus, cawan, periuk, pinggan dan sebagainya
First Aid Kit

 

First aid kit ini amat penting sebagai persediaan sekiranya kecemasan awal sekiranya terjadi kejadian yang tidak dijangka
Mosquito RepellentSediakan mosquito repellent untuk mengelakkan anda digigit nyamuk dan serangga.
Baju Hujan/Windbreaker

 

Baju hujan boleh untuk digunakan semasa situasi kecemasan contohnya seperti hujan ataupun dalam keadaan yang bersuhu rendah.
Seluar SukanPastikan seluar sukan yang bersesuai dan panjang bagi melindungi kaki anda serta daripada nyamuk atau sebagainya
Baju Tshirt Sintetik

 

Material sintetik agar ia dapat kering dengan cepat setelah menyerap peluh anda. Ini adalah untuk membantu memberi keselesaan anda semasa melakukan pendakian.
KompasDigunakan untuk mencari arah dan pertunjuk sekiranya kemungkinan tersesat untuk dijadikan sebagai rujukan apabila mencari jalan
Lampu SuluhPersediaan ini diperlukan kerana di tapak perkhemahan tiada bekalan elektrik ataupun lampu disediakan.
TaliAntara kegunaan adalah untuk membuat khemah, membuat tripod untuk memasak air, membuat sidaian baju, menanda jalan, mengikat sesuatu dan sebagainya.
Pisau Lipat Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, membuat khemah, memotong tali dan sebagainya
Pemetik Api

 

Untuk menghidupkan api bagi tujuan emmasak atau pada waktu malam bagi menerangi kawasan tapak perkhemahan serta menghalang binatang daripada mendekati kawasan perkhemahan
Powerbank

 

Pastikan anda membawa powerbank untuk tujuan seperti mengecas telefon, menyalakan lampu, mini kipas atau sebagainay
Camping StoveDengan saiznya yang kecil, camping stove ini memang sangat berguna sekali apabila dibawa pergi berkhemah.
Cooler Box

 

Sekiranya ada membawa bahan makanan, sebaiknya letakkan di dalam cooler box agar makan tersebut tahan lama.
Plastik SampahPastikan segala sampah anda dimasukkan ke dalam plastik sampah dan ikat elok-elok apabila selesai berkhemah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment