CARA KELUARKAN DUIT MAE MAYBANK(Pengeluaran Tunai Tanpa Kad ATM)

CARA KELUARKAN DUIT MAE MAYBANK(Pengeluaran Tunai Tanpa Kad ATM)

KELUARKAN DUIT MAE MAYBANK

Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda anda perlukan untuk keluarkan duit secara tunai. Seperti kebiasaannya,untuk pengeluaran tunai ini semestinya menggunakan kad debit. Tetapi kini anda tidak perlu menggunakan kad debit lagi kerana anda boleh keluarkan duit secara tunai menerusi aplikasi MAE Maybank. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

CIRI APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

KELEBIHAN GUNA MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA TETAPAN KELUARKAN DUIT GUNA MAE MAYBANK

Untuk mengeluarkan duit menerusi aplikasi MAE ini, pengguna haruslah menyediakan tetapan terlebih dahulu sepertui berikut:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Pada menu utama klik pada Manage
  3. Buang salah satu Widget dengan klik pada ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik Save Change.
  4. Kemudian, klik bahagian ATM Cash-Out, Tick pada I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions dan klik Confirm.
  5. Masukkan kod OTP yang diterima melalui telefon bimbit dan klik butang ✓
  6. Kemudian, klik butang Done untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.

 

CARA KELUARKAN DUIT GUNA MAE DI ATM MAYBANK

Pastikan urusan tetapan anda dalam aplikasi Maybank MAE telah berjaya. Berikut adlaah merupakan cara untuk keluarkan duit di ATM:

  1. Pergi ke ATM berhampiran dengan anda
  2. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.
  3. Scan QR kod di mesin ATM
  4. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  5. Klik butang Withdraw Now
  6. Duit akan dikeluarkan menerusi mesin ATM
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara keluarkan duit guna MA, sila layari portal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment