APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5

APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5
Aplikasi Gerak Malaysia akan ditingkatkan ke versi 2.5 pada 7 Mei 2020. Bagi mereka yang telah memuat-turun versi sebelum ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan versi terbaharu dari Google Play Store ataupun Huawei AppGallery.
Untuk pengguna iOS, versi terbaru di Apple App Store (versi 2.5) akan dikemaskinikan oleh Apple pada 7 Mei 2020. Oleh itu, pengguna iOS diminta mendaftar permohonan mereka pada 7 Mei 2020.
BACA : SENARIO DIBENARKAN, TIDAK DIBENARKAN & BELUM MENDAPAT KELULUSAN DALAM APLIKASI GERAK MALAYSIA
Kesemua pengguna perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi 2.5, dan seterusnya menjana kod QR sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
APA ITU APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA
Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia berfungsi sebagai platform permohonan kebenaran perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan antara negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Aplikasi ini akan menggunakan data pergerakan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal pergerakan trafik dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak.
Kod QR yang dijanakan aplikasi ini akan menjadi permit kebenaran digital untuk Perjalanan Antara Negeri (interstate travel), dan juga jenis perjalanan yang lain.
Gerak Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa syarikat telekomunikasi, untuk membantu PDRM dalam menguruskan pergerakan semasa PKPB.
TUJUAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA
Menyedari pandemik Covid-19 yang berlaku, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan semua pergerakan tidak perlu dari 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha mengekang penyebarannya.
Memandangkan Covid-19 boleh disebarkan secara mudah jika seseorang berada rapat dengan individu yang dijangkiti, keupayaan mengesan serta sistem permohonan perjalanan adalah langkah yang penting bagi Kerajaan untuk menangani penyebaran Covid-19 secara efektif dan memastikan rakyat bebas daripada virus tersebut.
Aplikasi ini juga memanfaatkan data mobiliti untuk pengesanan kontak hampir masa nyata1 dalam melengkapkan usaha KKM melakukan pengesanan kontak.
PENGGUNAAN KOD QR SEMASA PKPB
Hanya Perjalanan Antara Negeri perlu menggunakan kod QR yang dijanakan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Untuk jenis perjalanan yang lain dibawah:
iMembeli Makanan dan Keperluan Harian
iiRawatan Perubatan
iii. Kecemasan
iv.Aktiviti-aktiviti Perlu
Kod QR untuk perjalanan i-iv boleh dijanakan di dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Walaubagaimanapun, penggunaan kod QR tersebut adalah tertakluk kepada pengumuman oleh pihak berkuasa
CARA MEMPAMERKAN KOD QR
- Lancar aplikasi Gerak Malaysia
- Pilih “Pamerkan Kod QR”
- Pilih Kod QR yang ingin dipamerkan
MAKLUMAT LANJUT ATAU BANTUAN
Boleh dapatkan maklumat di:
E-mel kepada:
MAKLUM BALAS
E-mel kepada:
- [email protected] dalam Bahasa Inggeris; atau
- [email protected] dalam Bahasa Melayu.
MEMBUAT ADUAN
E-mel kepada:
- [email protected] dalam Bahasa Inggeris atau
- [email protected] dalam Bahasa Melayu
Tags: #APA ITU APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA #APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5 #CARA MEMPAMERKAN KOD QR #PENGGUNAAN KOD QR SEMASA PKPB #TUJUAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA