ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA

ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA

ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA


ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA

PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

BIODATA ASHRAF SINCLAIR

1. Nama penuh Ashraf Daniel Mohammed Sinclair Ashraf  dan dilahirkan di London pada 18 September 1979.

 

2.Adik kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

 

3.Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

 

4.Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BAHAGIA

1.Ashraf Sinclair, 40, menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari.

 

2.Setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri .

 

3.Mereka terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

 

4.Sebelum ini Ashraf pernah menyatakan isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

 

5.Mereka juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya.

KERJAYA LAKONAN ASHRAF SINCLAIR

Semenjak berhijrah ke Indonesia, pelakon Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah berlakon dalam lebih 2,000 episod sineteron.

Namun, dalam meniti kejayaan di sana, Ashraf berkata, dia tidak sekali pun pernah melupakan industri tanah airnya di Malaysia.

Malaysia adalah negara yang menjadikan dia sebagai anak seni sehingga ke hari ini.

Ashraf pernah bergandingan dengan pelakon Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi dalam J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi.

Dalam filem tersebut  Ashraf bawa watak antagonis bernama Taufik. Taufik ini sebagai licik, seorang yang ‘opportunist’ tapi pada yang masa, dia amat tenang.

Tags: #ASHRAF SINCLAIR #ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA #BIODATA ASHRAF SINCLAIR #Bunga Cinta Lestari #KERJAYA LAKONAN ASHRAF SINCLAIR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA"