CARA LANGGAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX (Register Beli & Harga Pakej)

CARA LANGGAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX (Register Beli & Harga Pakej)

ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX

Jikalau dulu nak pasang Astro ke cas pemasangan la, kena tunggu kontraktor Astro datang rumah. Sekarang ni dah tak perlu dah! Anda tahu kenapa? Sebab Astro dah perkenalkan Ultra Plug & Play Box. Ringkasnya, tak perlu piring Astro dah dekat bumbung rumah.

 

Jadi izinkan kami terangkan dengan lebih lanjut tentang Astro Plug & Play Box, juga bagaimana cara langgan Astro Ultra & Play Box. Nampak gaya, Astro dah mulakan strategi untuk lawan pesaing-pesaing mereka! Baca artikel ini dan buat pilihan korang yang mana lagi baik.

 

APA ITU ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX

 

Ultra Plug & Play Box terbaharu ini direka berdasarkan maklum balas yang diterima oleh pelanggan Astro yang menginginkan perkhidmatan yang mudah dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan berterusan. Yelah, sebelum inikan apabila hujan atau ribut mesti siaran Astro akan terganggu. Inilah yang dikatakan perbaharuan yang dibawakan Astro. Plug & play mesti semua suka dan yang paling penting kita oleh menonton tanpa gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca kerana kotak ini disambungkan terus dengan internet dan bukannya piring satelit.

 

Ultra Box menawarkan tontonan 4K UHD kepada anda dan lebih 60,000 ribu tayangan yang membolehkan anda tonton, ulang siar mahupun tonton episode kegemaran dan anda boleh rekod ye.

 

CARA LANGGAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX

 

Sebelum melanggan Astro Ultra Box, berikut adalah kreatiria yang diperlukan :

  • Mempunyai rangkaian internet (kelajuan >10Mbps)
  • Langganan minimun adalah HD + Rekod
  • Salinan IC anda depan dan belakang
  • Salinan bil Astro

 

Tanpa berlengah lagi, berikut pula adalah cara langgan Astro Ultra Box :

 

  1. Layari laman web rasmi Astro atau tekan pautan ini ASTRO ULTRA BOX SUBCRIPTION FORM untuk melanggan.
  2. Pada paparan tersebut, anda perlu mengisi butiran yang dikehendaki seperti :
  • Nama
  • No MyKad
  • No Telefon
  • Emel
  • Alamat Penuh
  • Kod Promo (jika ada)
  • Kod Affiliate (jika ada)
  1. Setelah mengisi butiran tersebut, anda diminta untuk menyatakan jika sudah mempunyai akaun Astro pilih ‘Yes’, jika belum tekan ‘No’
  2. Kemudian, masukkan nombor akaun Astro jika anda sudah mempunyai akaun.
  3. Masukan salinan seperti yang diminta.
  4. Bahagia seterusnya adalah pakej Astro anda, jika anda pelanggan yang baharu pilih pakej pilihan. Menurut Astro, pakej melebih daripada Rm100 tidak dikenakan cas pemasangan, jika kurang akan ada sedikit cas pemasangan. Tertakluk pada T&C pihak Astro.
  5. Kami sediakan pada anda harga pakej seperti yang ditawarkan :

ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX

  1. Setelah pilih pakej, jawab soalan berikut ‘ Do you need high speed internet connection?’
  2. Jika tidak pilih No, I already have high speed internet dan jika perlu, pilih Yes, Please Sign Me up For Astro Broadband.
  3. Setelah membuat pilihan anda perlu turunkan tandatangan pada ruangan kotak yang disediakan.
  4. Akhir sekali tekan pada butang SEND untuk mennghantar borang langganan anda.
  5. Permohonan anda selesai dan tunggu pihak astro menghantar Astro Ultra Box ke kediaman anda!

 

SOALAN LAZIM

 

Adalah ada pemasangan terlibat jika saya upgrade Ultra Box?

Ye, Astro akan menggantikkan Astro Box yang lama dengan Ultra Box yang baharu.

 

Perlukah TV 4K UHD untuk Ultra Box?

Tidak, anda boleh melanggan ultra Box tanpa TV 4K, namun untuk menonton siaran 4K UHD, TV 4K UHD adalah diperlukan untuk tontonan 4K UHD.

 

Adakah saya akan dicas untuk menonton saluran 780 (Astro UHD)?

Tidak, anda tidak akan dicas untuk menonton saluran 780 (Astro UHD) kerana ia telah tersedia untuk semua pelanggan yang menaik taraf ke Ultra Box.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Ultra Box, hubungi talian khimad pelanggan Astro di 03-7481 8000 atau hantarkan WhatsApp ke +603 9543 3838 atau kunjungi Pusat khidmat pelanggan Astro berhampiran.

Artikel Lain :

CARA LANGGAN ASTRO NJOI
CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
CARA DAFTAR SOOKA PLATFORM STRIM SIARAN LANGSUNG(Sukan & Hiburan Tempatan)
CARA LANGGAN NJOI HD

CARA LANGGAN NEXFLIX MALAYSIA

CARA LANGGAN iQIYI Video (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN VIU (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN iFLIX (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

Tags: #Adalah ada pemasangan terlibat jika saya upgrade Ultra Box? #APA ITU ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX #CARA BELI ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX #CARA LANGGAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX #HARGA ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX #HARGA BULANAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX #Perlukah TV 4K UHD untuk Ultra Box? #SENARAI PAKEJ ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      andiatthira3 days ago

      Hello…
      Saya duduk dekat Jakarta Indonesia, macam mana kalau saya nak langgan Astro Ultra Plug & Play nih. Boleh hantar ke Indonesia ke ??

      Reply

    Leave a reply "CARA LANGGAN ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BOX (Register Beli & Harga Pakej)"