BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN


BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Bantuan diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf menyambut Hari Raya dengan menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.

SYARAT UMUM BANTUAN AIDILFITRI

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang Permohonan 
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan: Pemohon, Suami, Isteri ,Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara. Lain-lain tanggungan jika tanggungan bukan anak kandung (Perlu disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.

    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung

  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  • Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  • Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Keluarga bercerai – Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.

Ahli keluarga telah meninggal dunia – Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.

Saudara baru – Satu salinan kad memeluk Islam.

Orang Kelainan Upaya – Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).

Pengidap sakit kronik – Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.

Sedang mengikuti pengajian di IPT – Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

Keluarga bermasalah. – Satu salinan laporan polis/ surat penjara.

Muflis – Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP.

Semoga PANDUAN MEMOHON BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN membantu anda.

 

Tags: #BANTUAN AIDILFITRI #MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "BANTUAN AIDILFITRI  MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN"