BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN:INDIVIDU, PKS & PERUSAHAAN MIKRO TERJEJAS AKIBAT PKP
Melalui hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM),industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.
Kepada semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit. Industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai 1 Jun 2021.
Siapakah yang layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman?
Berikut adalah golongan yang layak:
- Individu kehilangan pekerjaan
- B40(Penerima BSH/BPR)
- Perusahaan mikro(nilai kemudahan yang diluluskan sehingga RM150 ribu)
- PKS dan perusahaan mikro dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP oleh MKN
Adakah ada pilihan bantuan bayaran balik pinjaman?
- Moratorium selama 3 bulan
- Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
Siapakah lagi yang layak bantuan bayaran balik pinjaman?
Pemimjam(M40 dan T20) yang mengalami pengurangan pendapatan(termasuk gaji,elaun,komisen,pendapatan isi rumah)
Anda boleh memohon untuk pengurangan bayaran balik ansuran selaras dengan pendapatan yang berkurang.
Adakah bantuan ini menjejaskan laporan CCRIS?
Laporan CCRIS pemimjam tidak akan terjejas bagi pilihan yang dibuat pada tahun 2021.
Bagaimanakah cara mohon bantuan bayaranbalik pinjaman?
Sila hubungi bank anda masing-masing untuk berbincang dan membuat pilihan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.
PERMOHONAN PENANGGUHAN PINJAMAN BANK (MORATORIUM)
Syarat Kelayakan:
1️⃣ Golongan Terjejas Pendapatan
2️⃣ Pengusaha mikro, kecil dan sederhana
3️⃣ Golongan B40
4️⃣ Golongan M40 (Terpulang pada bank)
DUA Pakej Moratorium (Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar):
1️⃣ Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
2️⃣ Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama 6 bulan
LINK BANK (PERMOHONAN)
CIMB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumCIMB
BANK ISLAM: https://tinyurl.com/lanjutamoratoriumbankislam
MAYBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriummaybank
BANK RAKYAT: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbankrakyat
BSN: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbsn
AGRO BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumagrobank
PUBLIC BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumpublicbank
RHB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumrhb
AMBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumambank
HSBC: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumhsbc
KUWAIT BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumkuwaitbank
Selepas permohonan online, bank akan semak kelayakan kita. Selalunya bank akan hubungi peminjam untuk pengesahan.
Cara permohonan setiap bank berbeza, ada yang isi online form, ada yang perlu email. Pertanyaan lanjut sila hubungi bank anda. Jika ada bank yang tak tersenarai, boleh lihat di web rasmi bank berkenaan.
Bilakah tarikh mula inisiatif ini?
Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun 2021
Bagaimana jika saya ada masalah untuk bayar pinjaman bank?
Anda boleh hubungi AKPK untuk berbincang
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html
Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk khidmat nasihat di https://services.akpk.org.my/
Tags: #Adakah ada pilihan bantuan bayaran balik pinjaman? #Adakah M40/T20 layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman? #Bagaimanakah cara mohon bantuan bayaran balik pinjaman? #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN AGRO BANK #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN AMBANK #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK ISLAM #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK RAKYAT #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BSN #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN CIMB #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN HSBC #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN KUWAIT BANK #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MAYBANK #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN #bantuan bayaran balik pinjaman PEMERKASA TAMBAHAN #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PUBLIC BANK #BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN RHB #CARA MOHON MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN #CHECK MORATORIUM PEMERKASA #SEMAKAN MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN #Siapakah lagi yang layak bantuan bayaran balik pinjaman?