PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN BELIA 2024

PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN BELIA 2024

BANTUAN BELIA

Kepada para belia yang ingin mencari pekerjaan, melalui Belanjawan 2024 terdapat pelbagai bantuan atau program pekerjaan yang tersedia pada masa kini yang boleh anda mohon . Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN BELIA

Bantuan Belia ialah sebuah program yang dilaksanakan kerajaan untuk para belia yang menganggur atau masih belum mendapat kerja. Bantuan ini antara lainnya bertujuan meningkatkan taraf hidup golongan belia, membentuk jati diri dan keperibadian anak muda, mengurangkan beban kewangan pelajar dan melahirkan lebih banyak bakat masa hadapan yang memenuhi keperluan industri.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BELIA

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menganggur dan masih lagi belum dapat kerja tetap
  3. Lepasan sekolah atau graduan yang berusia 18-30 tahun

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan calon yang tidak layak untuk mendaftar bantuan ini:

  • Pelajar yang menjalani Latihan Industri (internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara Malaysia

 

SENARAI BANTUAN BELIA 2024

Berikut adalah merupakan antara bantuan pekerjaan yang tersedia iaitu:

BILJENIS BANTUANKETERANGAN
1Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan FLYSiswaFLYSiswa merupakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman. Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.
2Diskaun Bayaran Balik PTPTNKerajaan meneruskan pemberian diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti berikut:

  • Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
3Peningkatan Kadar STRKadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & untuk golongan belia meningkat daripada RM350 kepada RM500.
4Skim TEKUN Belia MobilepreneurKerajaan menyediakan peruntukan RM10 juta dengan meneruskan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
5Program Eksplorasi KerjayaKerajaan turut memperuntukkan RM1juta bagi melaksana Program Eksplorasi Kerjaya bertujuan memberi pendedahan kepada golongan pelajar dan juga guru kaunseling kerjaya di sekolah.
6Ganjaran Bagi Aktiviti KesukarelawananKerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan diiktiraf Kerajaan
7Bantuan Lesen MemanduKerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
8Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya KebangsaanRM7 juta diperuntukkan bagi mewujudkan Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan di bawah PERKESO sebagai lokasi sehenti untuk graduan muda dan pencari kerja mendapatkan sokongan kerjaya dan pekerjaan.
9Program Rakan MudaKerajaan menyediakan peruntukan RM20 juta dalam usaha memperbanyakkan pengisian program-program belia di bawah Program Rakan Muda dalam usaha membentuk jati diri dan keperibadian anak muda Malaysia.
10Program TUBERM 20 juta diperuntukkan bagi melanjutkan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia Bumiputera dan mewujudkan peluang pekerjaan
11Program Accelerator Programme for Construction (ACE)Program Accelerator Programme for Construction (ACE) untuk kontraktor belia Bumiputera G1 hingga G4 diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan.
12Malaysia Games InitiativeRM30 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Malaysia Games Initiative bagi menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia untuk membangun produk digital bersama bakat tempatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pekerjaan belia, anda boleh melayari portal rasmi Belanjawan 2024

ARTIKEL LAIN

37 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN BELIA 2024”

  1. Saya kehilangan mata pencarian setelah covit19 melanda negara kita..saya dari tahu lalu sampai ke hari ini tak dapat kerja susah nak cari dekat Sabah ni..saya memohon bantuan penjana kerjaya rm1000 ini ingin membuat usaha kecil kecilan …pakaian bekas kasut dan lain lain

    Balas
  2. apabila dunia melanda totaly lockdown , income saya semakin menurun . saya harap sangat sangat dapat bantuan belia rm1000 ini . sebab saya tidak menerima apa apa bantuan . termasuklah bantuan b40 . saya hanya dapat bantuan BPR fasa 1 sahaja sebnyak rm3000 . dan sampai sekarang belum mendapaat apa apa bantuan . harap dapat menerima bantuan belia ni . terima kasih 🙂

    Balas
  3. Saya harap saya dapat bantuan belia ini . saya banyak komitmen perlu dibayae . motor dan rumah . saya bujang dn berumur 20 tahun . duduk perantaun dari ibu abah . saya kehilangan kerja sebab kan totally lockdown ini . terima kasih

    Balas
  4. sy harap sy dapat bantuan belia ini
    sy banyak perlu dibayar.belanja adik di sekolah.
    sy bujang dan umur 21..sy duduk dri tinanom ranau
    sy kehilangan kerja sebab kn lockdown ini…terima kasaih

    Balas
  5. My name is Linda Kathleen A. T. Alex, 65 years old and an Indian Malaysian Christian woman. I need help since and I live alone. BPR send me an SMS saying that I LULUS BPR but what I receive does not help me even though I am using the little saving I have left.
    This is what you have put into my account through BPR for 2021 so far.
    May 7th 2021 – RM450
    June 29th 2021 RM100
    Last year 2020 I only receive twice for the whole year.

    Balas

Leave a Comment