BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020

BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020

BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020


BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020

Di bawah program BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020, Kerajaan Negeri Selangor akan membantu  anda untuk membina semula rumah atau membantu baik pulih rumah. Bagaimankah program BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020 dilaksanakan ?

Baca juga tentang : https://kekandamemey.com/kasih-ibu-smart-selangor-kiss-2020.html

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

1.Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan diatas tapak asal rumah.

2.Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik-pulih*. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.

*Ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

SYARAT KELAYAKAN

1.Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM 1,500.00.

 

2.Umur pemohon adalah di antara 50 hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU).

 

3.Pemohon yang menumpang tidak layak dipertimbangkan.

 

4.Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki manakala bagi kerosakan asas boleh dipertimbangkan untuk baik pulih.

 

5.Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru, kedudukan tapak mestilah berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan kawasan banjir. Sekiranya tapak tiada punca air dan elektri, penerima bantuan bersetuju untuk menanggung sendiri kos pemasangan bekalan air dan eletrik.

 

6.Mempunyai tanggungan yang tinggal bersama tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan.

 

7.Pemohon tidak mempunyai harta – harta yang dianggap mewah seperti perabot, peralatan eletrik berlebihan, kenderaan bermotor ( kecuali motosikal ) dan Astro.

 

8.Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.

 

9.Pemohon yang memperolehi Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan rumah.

 

10.Terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya.

 

11.Pemohon – pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun. Bukti diperolehi daripada ADUN Kawasan / Penghulu Mukim / Ketua Kampung kawasan.

 

12.Ketua keluarga mestilah Warganegara Malaysia dan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.

 

13.Mangsa bencana alam yang telah mendapat bantuan pemulihan daripada Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Negeri Selangor tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.

 

14.Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah dan bagi bantuan bina semula rumah, semua rumah – rumah daif perlu dirobohkan.

 

15.Pemohon yang berjaya adalah tertakluk untuk memulangkan surat penerimaan tawaran bantuan rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tawaran.

 

16.Semua keputusan permohonan bergantung kepada  pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan yang bersidang.

Untuk memohon dan dapatkan maklumat lanjut, layari : http://ssipr.selangor.gov.my/

Tags: #B40 #Bantuan Baik Pulih #Bantuan Bina Baru #BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020 #KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM #RUMAH RAKYAT #SYARAT KELAYAKAN #Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2022:PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN
    PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2022: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN   Jika
    PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)
    PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)   PENGENALAN BKSS Bantuan Khas Sarawakku
    TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP:CARA PERMOHONAN ONLINE/BORANG
    TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP:CARA PERMOHONAN ONLINE/BORANG   Permohonan Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP
    SEMAKAN DAN DAFTAR i-AKAUN KWSP DI KIOSK RHB BANK
    SEMAKAN DAN DAFTAR i-AKAUN KWSP DI KIOSK RHB BANK Ekoran kebenaran daripada kerajaan
    1. author

      Sada anak Timbang2 tahun ago

      Bantuan bina dan baik pulih rumah 2020

      Reply
    2. author

      Nur izuratul sa'adiah binti kamis2 tahun ago

      Untuk rumah OpAh Saya,OpAh Saya oku,atuk Saya dah uzur

      Reply
    3. author

      Nur izuratul sa'adiah binti kamis2 tahun ago

      Kayu atas pada atap dh nak reput,sy harap pihak tuan / puan dapat membantu

      Reply
    4. author

      Mohd Hafizie Rizal bin bakar2 tahun ago

      sy mau renovtion baik pulih rumh

      Reply
    5. author

      Siti Rajiah BT selamat2 tahun ago

      Saya memhon bantuan rumah,rumah skdar pondok atap zink bocor

      Reply
    6. author

      Mohd izwan bin md salleh1 tahun ago

      Salam…saya nak mohon bantuan air dan elektrik.rumah buat sendiri cuma air dan elekrik belum dapat.dah mohon banyak kali sampai sekarang tiada datang.cakap nak datang sehingga sekarang tiada jawapan.bertanya hampir 4kali cakap nak datang tetapi tiada pun

      Reply
    7. author

      Roger anak ayun1 tahun ago

      Mohon bantuan baik pulih rumah dan air.

      Reply
    8. author

      Wan azmi1 tahun ago

      Asalam..sy mohon kerja baik awak semua..sy nak minta baiki rumah sy..dari dulu smpai sekarang..atas air hujan bawah air mata..sy harap rumah sy d baiki

      Reply
    9. author

      Salmah binti Awang Basir1 tahun ago

      Assalamualaikum.Saya mohon bantuan baiki rumah pusaka.

      Reply
    10. author

      RANI A/P NATHAN1 tahun ago

      Selamat petang saya mohon bantuan bilik air dan tandas harap pihak tuan/
      Puan dapat membantu kami sekeluarga

      Reply
    11. author

      Nor wasilah binti haji mahfuz1 tahun ago

      Slm cek Sya Nor wasilah dari Temoh Perak cek Sya nak tanya mcm mana mohon baiki rmh sbb nya rmh arwah bapa Sya dah terik sangat rosak jd yg tinggal rmh arwah bapak Sya nie Sya dengan suami Sya

      Reply
    12. author

      Roslizan bin Abas1 tahun ago

      Runah terbekalai,tak cukup modal.
      Saya pencen b40 pendapatan RM1850 sebulan.umur 61th. Tinggal di klumpang.
      Layak kah saya memohonm

      Reply

    Leave a reply "BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020"