DERMASISWA PULAU PINANG 2024

PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT PULAU PINANG 2024

 

DERMASISWA PULAU PINANG 2024

Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan bagi Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang. Skim ini diperuntukkan kepada pelajar dari Pulau Pinang yang sedang mengejar pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak menerima bantuan atau tajaan pembiayaan dari pihak lain.

Tujuan Skim Dermasiswa: Skim ini bertujuan untuk membantu pelajar Pulau Pinang yang tidak mendapat sokongan kewangan dari pihak lain ketika melanjutkan pengajian tinggi. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan pelajar dan memberi semangat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tarikh Permohonan: Permohonan bagi bantuan dermasiswa ini boleh dilakukan bermula (Akan dikemaskini)

Peringkat Pengajian yang Layak: Pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat berikut berhak memohon:

  1. Diploma
  2. Ijazah Sarjana Muda
  3. Ijazah Sarjana
  4. Ijazah Doktor Falsafah

 

Institusi Pengajian: Bantuan dermasiswa ini terbuka kepada pelajar di institusi pengajian yang tersenarai dalam Malaysian Qualifications Agency (MQA). Senarai institusi boleh dirujuk melalui laman web https://www.mqa.gov.my/.

 

Syarat Umum Permohonan:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Tidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
  5. Permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mendapat keputusan peperiksaan kecuali bagi pelajar luar negara.
  6. Permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun.

 

Tatacara Permohonan:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan pilih bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang pendaftaran.
  4. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Semak dan hantar permohonan.
  7. Semak status permohonan selepas proses pemprosesan.

 

Keterangan Lanjut: Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-549 8125/155.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG(ZPP)

iSEJAHTERA(CARA DAFTAR KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)

Leave a Comment