BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000 :CARA PERMOHONAN ONLINE & SEMAKAN
APA ITU BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE
Akibat pandemik Covid-19 yang telah mencetuskan krisis ekonomi, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan fasa kedua pakej bantuan dalam ‘Sabah New Deal’ bernilai RM240 juta khusus untuk mengaktif semula, memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi negeri yang telah terjejas, termasuk menjadikan Sabah lebih berdaya saing dalam era digital.
Daripada jumlah peruntukan di bawah Sabah New Deal ini, sebanyak RM20Juta disalurkan kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah untuk membantu Usahawan Mikro dan Cottage di Negeri Sabah.
Kepada rakyat Sabah, boleh buat Semakan Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 Sabah RM300
Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian untuk menetapkan mekanisme pelaksanaan atau kaedah penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar, mempertimbang dan meluluskan jenis bantuan dan permohonan bantuan usahawan mikro dan cottage. Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan selaku agensi pelaksana adalah juga Urusetia kepada Jawatankuasa tersebut.
Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes dan perlukan PINJAMAN PERNIAGAAN 2020 daripada pihak bank? Boleh pilih PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES sesuai dengan anda.
OBJEKTIF BANTUAN
Objektif Bantuan
Menaiktaraf dan menambahbaik aktiviti pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan khususnya pengeluar produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
Meringankan kesulitan yang dihadapi berikutan penularan wabak Covid-19
Kepada yang telah membuat permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda akan menerima BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER jika layak.
KUMPULAN SASARAN
Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage.
ASPEK BANTUAN
Bantuan sejumlah RM1000 tunai sahaja yang akan memanfaat setiap pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian.
SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN
- Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK, mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.
- Menyertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan dan gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran serta salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan pemohon.
- Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS)
- Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan.
TEMPOH PERMOHONAN
20HB JULAI 2020 HINGGA 31HB OGOS 2020
CARA PERMOHONAN BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000
PERMOHONAN ONLINE
Usahawan yang layak boleh membuat permohonan online disini
BORANG PERMOHONAN BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000
Usahawan yang layak boleh membuat permohonan melalui borang disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
AGENSI PELAKSANA : JABATAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN PENYELIDIKAN (DIDR)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi Biro Permohonan dan Database, Pasukan Petugas SND RM20Juta UMC berikut :
1) Encik Rodolfo Blantocas (Ketua 1) – (088) 215 822
2) Cik Mary Boniface (Ketua 2) – (088) 262 043
3) Cik Sharifah Norizan Sh. Sihan – (088) 225 590
4) Cik Alicia Pawan – (088) 225 443
5) Encik Mohd. Affendy Abdullah Minun – (088) 231 204
6) Encik Joseph Gabriel – (088) 225 445
7) Cik Nur Farahana Sykila Francis – (088) 225 445
8) Cik Sh. Noratikah Sh. Sihan – (088) 225 445
No. Faks : 088-257814
atau menghantar emel ke Urusetia [email protected]
Bantuan sdn mekro
Bila boleh buat semakan keputusan??
bila bole buat semakan ?
Semak status permohonan
Saya mau buat semakan
Saya mau buat semakan status pemohon
Saya sdh isi borang secara manual tapi memohon agar dapat beroperasi perniaga an
Terima kasih
Tidak sempat memohon
Mohon untuk rujukan dan semakan permohonan
Saya dh lama mohon tapi duit belum masak akaun knp ia
Saya mahu saya layak kah… Mndapat bantuan tersebut.. Tidak tahu mcm mn mahu semak
ssampai skrg xda keputusan ….sudah email jawapan pejabat tutup pkpd…sila buat semakan …untuk yg masih dlm.proses..smpai bila menungu
760217-12-5763
Awang masri bin
Awang massali
Compay:syarikat am jaya
Mohoan semakan kelulusan geran mikto pks cottega sabah.
Tel:0197184068
Mcmn maw taw yg sa layak ka dpt nih bantuan.. Blm2 ada berita?
Saya belum dapat bantuan mikro
saya x tahu macam mana nak memohon
Saya mahu buat semakan status permohonan mikro
Saya sudah lama memohon???
Sudah lama memohon tapi duit tiada masuk akaun
Tuan saya mahu bertanya kenapa saya lulus pada tahun 2020 pks kenapa sekarang ni tidak
sudah isi borang secara manual, tapi duit belum terima lgi 😔
can i apply for this money? I dropped out and got it because I was late. I request that my application be considered.
Assalammualaikum saya nak tanya mcam mna nak semak permohonan saya lulus atau tidak nma saya diana binti bayang 810908-12-5714 no ic sya