BANTUAN JKM(Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online)

BANTUAN JKM (Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online)

BANTUAN JKM 2022 (Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online)

 

Untuk membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup,perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

 

SENARAI BANTUAN JKM 2023

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

KADAR

Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

  1. Elaun Pekerja Cacat

KADAR

RM400 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

  1. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

KADAR

RM250 seorang sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

 

  1. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

KADAR

RM350 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

  1. Bantuan Orang Tua (BOT)

KADAR

RM350 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

  1. Bantuan Am Persekutuan

KADAR

RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

 

  1. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

KADAR

RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

 

  1. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

KADAR

RM200 sebulan seorang.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

 

  1. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

KADAR

Maksimum RM2,700 sekaligus.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

  1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

KADAR

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

 

JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat
  • Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)

 

  1. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

KADAR

Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.

Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

 

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN JKM 2023

  • Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  • Daftar permohonan mengikut negeri
  • Isikan nombor kad pengenalan
  • Isikan borang berkaitan
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

 

BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2023

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  • Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  • Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  • Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  • Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BULANAN JKM(Semakan Tarikh Bayaran)
DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM

35 thoughts on “BANTUAN JKM(Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online)”

  1. Disini saya menyatakan…dulu mmg menerima bantuan JKM slps bergelar ibu tunggal..tahun 2019 hingga sekarang permohonan Sya untuk memohon bantuan dari JKM bahagian Bintulu Sarawak…gagal

    Balas
  2. emak bapa saya adalah warga emas yang berusia 70an, dan saya pula ibu tunggal duduk bersama dengan mereka dan mempunyai 2 anak, adakah keduaibubapa saya layak mendapat bantuan ini,

    Balas
  3. Saya seorang balu dan mempunyai seorang anak berumur 3tahun.. Dan saya masih tidak mempunyai pendapatan tetap dan sekarang saya hanya berkerja sebagai pembantu gerai saja buat masa ini dan saya hanya mampu menyewa sebuah bilik bersama ank saya sekarang.. Adakah saya layak memohon sebarang bantuan dari pihak jkm??? Harap masalah saya dapat dipertimbangkan untuk meringankan masalah yg saya lalui setelah kematian suami…

    Balas
  4. Suami saya seorang OKU Abu Talib bin Kunjambu telah menghantar borang permohonan untuk bantuan kewangan.Saya ingin membuat semakan status..

    Balas
  5. Selamat petang Tuan, Saya mohamad Zamri Ghazali ingin bertanya kan status pemohonan saya di jkm dearah klang selangor, adakah status pemohonan saya lulus atau tidak, apa yang telah dimaklum kan kepada saya pembayaran akan dibuat pada bulan ini, tetapi tiada jawapan sampai sekarang, saya sangat memerlukan bantuan bulanan tersebut kerana saya tidak boleh berkerja kerana mata rabun teruk dan saya menjaga ibu mertua yang telantar sakit, tolong saya tuan ini no tel saya 0147142330. Mohamad zamri ghazali .

    Balas
  6. selamat pagi encik/puan…Pentanyaan saya kepada encik/ puan…saudara saya beliau adalah seorg oku…dia sudah ada pun kad oku… tetapi beliau tiada dapat apa apa pesanan dari bantuan jkm…beliau daftar pada hari bulan 25-10-2021…so boleh tak beritahu bila dapat bantuannya.

    Balas

Leave a Comment