
BANTUAN KERAJAAN TERENGGANU 2020
SKIM BANTUAN MODAL TANI (SBMT)
Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) meliputi pelbagai bidang perusahaan dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani .
Skim ini membantu rakyat menyelesaikan masalah modal untuk menceburi sektor pertanian, maka Kerajaan Negeri akan terus memperuntukkan skim pinjaman patuh syariah tanpa faedah ini dengan jumlah sebanyak RM5 juta pada tahun 2020.
CIRI –CIRI KHUSUS SKIM BANTUAN MODAL TANI (SBMT)
- Ianya tanpa faedah, patuh syariah dan tiada caj perkhidmatan. Pinjam 10,000 bayar 10,000. Tiada sebarang caj tersembunyi. Kerajaan tak berniaga dengan memberi pinjaman kepada rakyat. Kadar maksimun RM50,000.
- Boleh dimanfaatkan untuk apa saja kerja dalam 3 sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan penternakan.
- Pinjaman diberi sebahagian besarnya dalam bentuk penyedian tapak, kelengkapan, barangan, peralatan, haiwan ternakan, anak benih, pagar atau kandang, enjin bot, bahan input atau apa sahaja yang dimohon untuk memulakan usaha atau membesarkan projek sedia ada. Jawatankuasa Induk SBMT yang dipengerusikan Exco Pertanian akan menimbang permohonan sebahagian pinjaman dalam bentuk tunai sekiranya diperlukan.
- Permulaan bayaran balik yang sangat ‘flexible’ bergantung kepada jenis projek. Contohnya, untuk bela ayam daging, hasil boleh dijual selepas 40 hari. Bayaran balik boleh dibuat selepas 2 bulan. Tapi untuk penanaman nenas, hasil cuma boleh dituai selepas 13 bulan. Tak munasabah selepas 2 bulan kita dah minta bayaran balik. Hasil belum boleh dijual. Mereka akan mula dikenakan bayaran balik selepas 13 bulan pinjaman.
- Jenis barangan, kelengkapan, input, anak benih, haiwan ternakan dan sebagainya yang nak dibekalkan mestilah dengan persetujuan peminjam. Kalau peminjam nak lembu cherolis, maka lembu cherolis yang akan dibekalkan. Kita tak akan bagi lembu kampung.
PROSES PERMOHONAN
Bagi setiap permohonan yang dikemukakan, pegawai-pegawai dari jabatan berkenaan telah turun padang untuk membuat lawatan tapak serta penilaian potensi projek sebelum dikemukakan laporan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani bagi dibuat pertimbangan sebaiknya
Prosesnya agak teliti kerana kerajaan negeri meletakkan objektif untuk skim bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh warga tani di negeri Terengganu.
Tiada permohonan yang ditolak namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan oleh pemohon seperti lesen bot nelayan yang belum diluluskan. “Perlu cari tapak baharu yang lebih sesuai untuk diusahakan serta saiz projek yang perlu diteliti semula disebabkan ada isu jumlah dana yang dipohon tidak sepadan dengan saiz projek yang nak dibuat.
TABUNG USAHAWAN SEJAHTERA(TUGAS)
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan TABUNG USAHAWAN SEJAHTERA(TUGAS).Tabung ini melibatkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T), Tabung Siti Khadijah (TSK), Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT), Dana Usahawan dan Industri Mikro Terengganu (DUIT), Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-HATI), Skim Pembiayaan Mobile Truck (SPMT), Terengganu Capacity Enhancement Programme (T’CAP), Skim Bantuan Usahawan Mualaf dan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan.
Bagi tahun 2020, Dana TUGAS ini akan diteruskan dengan penambahan satu lagi skim bantuan iaitu Dana Usahawan Industri Asas Tani (DUNIA).
CIRI –CIRI KHUSUS TABUNG USAHAWAN SEJAHTERA(TUGAS)
1.Dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan memberi pinjaman kepada usahawan tanpa mengenakan sebarang caj dan faedah.
2.Pinjaman yang diberikan kepada semua peringkat usahawan yang layak itu bermula daripada usahawan kecil sehinggalah usahawan skala besar tidak akan membebankan peminjam seperti pinjaman lain yang mempunyai caj atau kadar faedah.
3.Memberi pinjaman (kepada usahawan) yang berbentuk patuh syariah.Pinjaman ini tidak mengenakan sebarang kadar faedah kepada mereka ini (usahawan), pinjam RM10,000, bayar RM10,000, pinjam RM30,000, bayar RM30,000.
PROGRAM BANTUAN DI BAWAH YAYASAN TERENGGANU
1.PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG
Program ini untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Peruntukan pada tahun 2020 dinaikkan kepada RM10 juta untuk membiayai seramai 250 orang mahasiswa.
2.BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH,
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta untuk 125 orang siswazah dalam negara.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
a) Bapa atau ibu pemohon/pelajar lahir di Negeri Terengganu ; ATAU
b) Ibu bapa pemohon/pelajar bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN
BERMASTAUTIN.
c) Ibu dan bapa pemohon/pelajar mestilah daftar mengundi dan mengundi di negeri Terengganu
d) Pemohon/pelajar mestilah mendapat kepujian Kelas Pertama dengan PNGK 3.75 ke atas atau memperolehi markah 80% ke atas sahaja.
e) Mod pembelajaran adalah SEPENUH MASA.
PERHATIAN :
a) SILA ISI BORANG MENGGUNAKAN HURUF BESAR
b) SILA SERTAKAN SALINAN-SALINAN DOKUMEN BERIKUT BERSAMA PERMOHONAN INI :-
- Kad Pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang DISAHKAN.
- Ijazah dan Transkrip Akademik (DISAHKAN Oleh Pusat Pengajian)
- Dua (2) keping gambar berukuran passport. (catatkan nama & No. KP di belakang gambar)
- Surat pengesahan bermastautin sekiranya bapa dan ibu Bukan Rakyat Terengganu.
- SILA HANTAR BORANG INI DI ALAMAT BERIKUT :-
Pengarah,
Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail,
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
(U.P : BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN)
3.BANTUAN PERSEDIAN IPT
Pemberian one-off persediaan kepada anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan persiapan pengajian anak-anak.
Kadar Bantuan Persediaan
Doktor Falsafah (sepenuh masa) – RM1,000.00
Sarjana (sepenuh masa) – RM1,000.00
Ijazah Sarjana Muda – RM1,000.00
Diploma/Integrasi – RM750.00
International Baccalaureat – RM500.00
Foundation. – RM500.00
Matrikulasi/A Level. – RM500.00
Sijil (Program dua tahun ke atas) – RM500.00
Sekolah Menengah Berasrama Penuh – RM500.00
* Tambahan RM300.00 untuk IPT di Sabah dan Sarawak
4.BIASISWA PROGRAM ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)
Pada tahun 2020 kerajaan negeri peruntukan sebanyak RM1.26 juta yang akan melibatkan pembiayaan kepada 30 orang anak Negeri Terengganu dalam bidang ini.
5.TABUNG SISWA PELAJAR
Tabung ini bertujuan untuk menyediakan pinjaman pembiayaan yuran pengajian untuk ijazah pertama dalam dan luar negara. Kerajaan negeri sangat prihatin dan menitikberatkan pendidikan anak-anak Terengganu.
Permohonan boleh dibuat melalui web Yayasan Terengganu https://www.yt.gov.my/ .Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu(Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan) berserta dengan semua salinan dokumen yang diperlukan dan disahkan.
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta,merit,lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu
PROGRAM SARINGAN PAP SMEAR DAN MAMOGRAM
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan SARINGAN PAP SMEAR DAN MAMOGRAM. Program ini adalah secara percuma yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi meneruskan program ini sebagai salah satu kaedah pencegahan terhadap kanser payudara dan kanser pangkal rahim.
PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM) . Projek ini dilaksanakan di Tajin, Hulu Terengganu dan Tok Jembal.Di Kuala Nerus yang dilancarkan pada bulan Julai 2019 melibatkan 410 unit rumah diteruskan pada tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.
Projek perumahan ini juga diteruskan di Tempinis, Besut yang dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melibatkan 100 unit rumah.
Manakala projek perumahan di Gong Chengal, Kemaman melibatkan 200 unit rumah. Kedua-dua projek perumahan ini akan mendapat peruntukan sebanyak RM15.5 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
SYARAT KELAYAKAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
- 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
- Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.Segala urusan atau pertanyaan hendaklah merujuk terus kepada :
Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09 6267 999 / 09 6317 999
Faks : 09 6262 999
Emel : [email protected]
PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA . Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Syarat-syarat permohonan program Walimatul Urus
- Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
- Perkahwinan kali pertama
- Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
- Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
- Pendapatan pasangan RM3,000 ke bawah.
- Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
- Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Keutamaan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
SKIM PERMATA SEJAHTERA
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan SKIM PERMATA SEJAHTERA. Skim ini akan disumbangkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.Skim ini sebagai sagu hati atas setiap kelahiran anak Terengganu.
BENTUK SUMBANGAN
Anak Pertama hingga Ke-6 – RM 100
Anak Ke-7 – RM 200
Anak Ke-8 – RM 300
Anak Ke-9 – RM 400
Anak Ke-10 – RM 50
SYARAT PERMOHONAN
1 Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2020 sehingga 31.12.2020
2 Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
3 Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
4 Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan anak dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada satu perkahwinan sahaja dan bukan keluarga berpoligami”.
5 Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan ini (BP-SKAT2019) bersama dengan Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
6 Permohanan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen sebagaimana berikut :
- Borang Permohonan Skim Permata Sejahtera (BP-SKAT 2019) yang lengkap diisi dan ditandatangani
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang lengkap diisi dan ditandatangan.
- Senarai Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi (Jika ada)
- Salinan MyKAD Ibu dan Bapa Salinan
- Sijil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia Dokumen
- Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke – 7 dan keatas
7.Permohanan yang LENGKAP hendaklah DIKEMBALIKAN kepada Pejabat Pembangunan Keluarga.
RAUDHATUL JANNAH
Ia merupakan pusat transit untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah bersama-sama dengan pelbagai NGO berkaitan untuk menjayakan penubuhan pusat transit ini.
PROGRAM LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA
Mengambil kira sambutan yang sangat baik daripada para remaja dan belia terhadap program ini,
Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini pada tahun 2020.Tujuan inisiatif ini dapat membantu urusan kehidupan seharian mereka.
Program Lesen Motor Terengganu Sejahtera PERCUMA Rakyat Terengganu.
- Program Lesen Motosikal B2.
- Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau ‘online’ atau menggunakan borang secara manual.
- Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
- Bujang atau sudah berkahwin.
- Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.
- Permohonan pertama kali pertama sahaja.
- Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
- Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.
- Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
- Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;
- Kad Pengenalan
- Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian
- Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan Penghulu atau MPKK
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad OKU11. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.12.Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.
13.Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my
TABUNG DARUL IMAN
Tabung ini adalah untuk bantuan-bantuan berkaitan penyakit kronik dan kebajikan sosial. Pada tahun 2020, tabung ini akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM5 juta.
Tabung Darul Iman merupakan satu tabung yang diwujudkan untuk membantu meringan bebanan rakyat yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian. Sejarah penubuhannya tercetus dengan penggabungan tiga tabung sediada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan.
Bantuan Musibah
Setiap permohonan bagi bantuan musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman.
Makluman bagi Permohonan Bantuan Sara Diri dan Susu/Lampin Pakai Buang
Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bagi Bantuan Sara Diri Tahunan dan Bantuan Susu Dan Lampin Pakai Buang dibuka bermula pada tarikh 01.01.2020.
CARA MEMOHON
Isi Borang Permohonan
1.Permohonan secara online boleh dilakukan di laman web Portal Sekretariat Tabung Darul Iman.Pemohon perlulah mengisi borang permohonan secara online dan mencetak borang tersebut.
2.Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan di Portal Sekretariat Tabung Darul Iman atau mengambil borang di pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman / Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Pemohon perlulah mengisi borang tersebut secara manual.
Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan :
-salinan kad pengenalan
-laporan polis/JKM
-Laporan Bomba/Perubatan
-Surat Kerakyatan negeri Terengganu
Hantar Borang Permohonan dan Dokumen Sokongan
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman untuk diproses.
Semakan Permohonan
Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui Portal Sekretariat Tabung Darul Iman.
Memohon bantuan kerajaan untuk bercucuk tanam.(bertani)
Memohon bantuan anak ayam organik/modal/mesen proses bulu ayam..
Permohonan SKIM BANTUAN MODAL TANI (SBMT) UNTUK MENTERNAK KAMBING
Mohon skim BANTUAN MODAL UNTUK MENTERNAK IKAN
Semakam bantuan perubatan
Borang dapat kat mana
Mcm nk mohon tanah rtb 2 ada lgi borang dia