BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA

BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA

BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA

Sementara menantikan Bantuan Tunai yang dijanjikan Kerajaan, bantuan bakul makanan ini amat mustahak supaya tiada rakyat yang sengsara dan terputus bekalan makanan. Mohon SHARE dan bantu salurkan maklumat penting ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga yang kehilangan punca pendapatan dan terputus bekalan lantaran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk ke fasa kedua.

Sumber dana bantuan ini adalah daripada Tabung Bantuan Covid-19 NADMA. NADMA dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA untuk menyerahkan Bantuan Khas Bakul Makanan.

Apa itu TABUNG Covid-19?

Tabung Covid-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Siapa yang layak memohon?

i) Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.

ii) Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) berikutan Covid-19.

KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN

 

Ketua keluarga / individu perlu MEMOHON SENDIRI kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) melalui cara berikut;

 

  1. Hubungi Talian Kasih di nombor 15999 atau WhatsApp di nombor 019 261 5999.

 

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah (8:30 pagi – 5:30 petang). No. telefon JKM negeri adalah seperti berikut;

 

> Wilayah Tengah

SELANGOR – 03 5545 8570

WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA – 03 2612 4060

 

> Wilayah Selatan

NEGERI SEMBILAN – 06 765 9332

MELAKA – 06 232 4670

JOHOR – 07 228 1450

 

> Wilayah Utara

PERLIS – 04 973 1926

KEDAH – 04 700 1700

PULAU PINANG – 04 650 5257

PERAK – 05 254 5505

 

> Wilayah Pantai Timur

KELANTAN – 09 741 6925

TERENGGANU – 09 630 1193

PAHANG – 09 565 0226

 

> Wilayah Malaysia Timur (Borneo)

WP LABUAN – 087 424 961

SABAH – 088 234 202

SARAWAK – 082 443 194

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Maklumat yang diperlukan – Nama, No. K/P, Alamat Rumah dan Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan). JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.

KAEDAH SERAHAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN

Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA. Hebahan khidmat masyarakat ini adalah daripada Yayasan Basmi Kemiskinan. Sila share dan sebarkan untuk manfaat bersama.

 

Tags: #Apa itu TABUNG Covid-19? #BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA #KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN #KAEDAH SERAHAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      Rosman Zailani Bin Ramli10 months ago

      Saya rosman zailani bjn ramli.saya berniaga sendiri.isteri saya suri rumah.mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.bermula pkp hingga kini saya telah tiada pendapatan.harap pihak tuan dapat bantu kami sekeluarga.terima kasih banyak diatas jasa baik semua.

      Reply

    Leave a reply "BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA"