BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN 2020 (PENJANA) : CARA PERMOHONAN & PENYEDIAAN LAPORAN PROGRAM
APA ITU BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN
Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan adalah Bantuan Kewangan kerajaan yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semua NGO yang berdaftar secara sah di bawah Pendaftar yang diiktiraf layak untuk memohon peruntukan ini.
Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.
BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN 2020
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN NGO DAN PROGRAM BAGI PERMOHONAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN
NGO Yang Layak Diberi Pertimbangan Adalah Seperti Berikut :
- Menjalankan program kepada kumpulan sasar Kementerian dan menepati bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian;
- Ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan dan diiktiraf oleh KPWKM bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negara ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita,keluarga dan masyarakat;
- Tidak berorientasikan keuntungan;
- Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan lebih dipertimbangkan; dan
- Mempunyai perancangan yang konkrit untuk membiayai sendiri program selepas tempoh penerimaan peruntukan.
Baca tentang BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT):CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE & SEMAKAN STATUS
Program Yang Layak Dipertimbangkan Adalah Seperti Berikut :
Selaras dengan bidang-bidang keutamaan yang telah ditetapkan untuk program pembangunan kumpulan sasar KPWKM, mengikut BIDANG KEUTAMAAN seperti berikut:
Pembangunan Wanita (Perlu memohon melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sila layari www.jpw.gov.my)
- Latihan dan Peningkatan Kemahiran
- Peningkatan Kapasiti Wanita
- Literasi Undang-undang
- Pengurusan Emosi
- Nur Bahagia (Menangani Keganasan Terhadap Wanita)
- Kepekaan Gender
- Program Kesedaran Berkaitan HIV/AIDS
Pembangunan Keluarga (Perlu memohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sila layari www.lppkn.gov.my)
- Kekeluargaan
- Keibubapaan
- Kebapaan
- Persediaan Perkahwinan
- Pemantapan Perkahwinan
- Pembangunan Remaja
- Kesihatan Reproduktif
- Pencegahan HIV/AIDS
Pembangunan Masyarakat (Perlu memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM))
- Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
- Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
- Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
- Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
- Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
- Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
- Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
- Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- ProgramSokongan kepada Penghidap HIV/AIDS
- Persediaan Persaraan
Program yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka masa panjang kepada kumpulan sasar;
Tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;
Memberi manfaat kepada kumpulan sasar;
Keutamaan akan diberi kepada NGO yang belum pernah menerima peruntukan daripada KPWKM; dan
Program bagi permohonan baru hanya akan dipertimbangkan setelah Laporan Pelaksanaan Program (sila klik di sini untuk Panduan Pelaksanaan dan Pelaporan Program BKP) lengkap diterima oleh Jabatan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Menggunakan Borang Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan).
Mengemukakan permohonan Tidak Lewat daripada 3 bulan sebelum tarikh cadangan pelaksanaan program;
Mengemukakan Kertas Kerja (sila klik di sini untuk Format Kertas Kerja) yang mengandungi perkara berikut:
- Tajuk program
- Tujuan program
- Latar belakang program
- Objektif program
- Komponen program
- Cadangan tarikh
- Cadangan tempat
- Kumpulan sasar
- Bilangan peserta
- Bilangan program
- Kaedah pelaksanaan
- Tentatif aturcara program
- Anggaran perbelanjaan
- Faedah
- Kesimpulan
Mengemukakan satu (1) salinan dokumen seperti berikut:
- Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang disahkan Pendaftar Pertubuhan atau Pesuruhjaya Sumpah
- Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum of Articles
- Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan terkini
- Borang Permohonan yang diisi lengkap
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pengerusi dan Setiausaha
- Satu (1) Salinan Minit Mesyuarat Terkini (bagi NGO baru)
GARIS PANDUAN
(sila klik di sini untuk muat turun Garis Panduan BKP)
BORANG PERMOHONAN, SENARAI SEMAK DAN FORMAT KERTAS KERJA
(sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan dan Senarai Semak) dan (sila klik di sini untuk muat turun Format Kertas Kerja)
FORMAT LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
(sila klik di sini untuk Pelaksanaan dan Pelaporan Program)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Masyarakat)
Bahagian Pembangunan Komuniti Aras 9, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8323 2384/ 2374/ 2386/ 2388
No. Faks : 03-8323 2058
Website: www.jkm.gov.my
Email:[email protected]
Jabatan Pembangunan Wanita (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Wanita)
Bahagian Pembangunan Kapasiti Aras 23-25 ,No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8323 1000
No. Faks: 03- 8323 2034
Website: www.mywanita.gov.my
Email: [email protected]
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Keluarga)
Bahagian Perancangan Korporat Aras 20, Bangunan LPPKN 12B, Jalan Raja Laut Peti Surat 10416 50712 Kuala Lumpur
Tel: 03-26937555
Website: www.lppkn.gov.my
emel: [email protected]
Baca soalan lazim BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN 2020 (PENJANA)
Tags: #BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN 2020 (PENJANA) : CARA PERMOHONAN & PENYEDIAAN LAPORAN PROGRAM