BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0

Kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 bernilai RM1.1 bilion dalam usaha meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Serdehana (PKS), Perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil di negeri itu.

PKS, Perusahaan Mikro, penjaja dan peniaga kecil adalah pemacu utama kepada ekonomi Sarawak yang membentuk lebih daripada 75 peratus daripada sektor perniagaan dan menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak serta menyediakan kira-kira 600,000 pekerjaan untuk rakyat Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan BKSS 2.0 akan memacu aktiviti perniagaan tempatan sekali gus memastikan kesinambungan perniagaan para usahawan itu dalam menghadapi krisis COVID-19.

BACA : LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL

Sehubungan itu, jelas Abang Johari, empat langkah diambil pihaknya dalam membantu para usahawan PKS, penjaja dan peniaga kecil tempatan.

Baca : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN DARURAT TBS

SENARAI BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0

MEMANSUHKAN KOS FAEDAH PINJAMAN KEPADA PKS

Dengan kerjasama Maybank Bank, Hong Leong Bank dan RHB Bank di bawah Dana Bantuan Khas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1 bilion kepada PKS tempatan.

Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyerap kos faedah daripada PKS tempatan kita dan pinjaman faedah sebanyak RM1 bilion akan disediakan kepada PKS. Implikasi kewangan untuk subsidi kadar faedah dalam tempoh tiga tahun setengah adalah RM80.7 juta. Skim ini akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 PKS di seluruh Sarawak.

CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

1.PKS perlu memohon pinjaman terus dari mana-mana cawangan sama ada Maybank, Hong Leong Bank atau RHB Bank.

2.PKS juga mempunyai pilihan skim pinjaman sama ada Islamik atau konvensional.

3.Semua PKS berdaftar Sarawak mestilah terlebih dahulu mematuhi definisi Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan

DANA KHAS RM1500 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Menyediakan dana khas RM1,500 kepada 65,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).Dana khas itu akan dibayar menerusi aplikasi Sarawak Pay. Mana-mana penjaja dan peniaga kecil yang tidak mempunyai aplikasi itu, mereka boleh mendaftar dengan mudah.

CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

1.Semak kelayakan untuk mendapat dana khas ini dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

2.Penjaja dan peniaga kecil mesti berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT)

3.Dana disalurkan menerusi aplikasi Sarawak Pay.

MEMANSUHKAN KADAR FAEDAH SKIM MIKRO KREDIT

Memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada sifar untuk 42 bulan di bawah Skim Mikro Kredit.

CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

1.Memohon Skim Kredit Mikro RM50 juta melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED)

2.PKS yang beroperasi kurang dari tiga tahun.

PEMANSUHAN SEWA

Pemansuhan sewa juga dilaksanakan kepada PKS yang beroperasi di bangunan kerajaan negeri dan agensi di bawah kerajaan negeri. Sebelum ini dalam BKSS 1.0, diskaun 50 peratus untuk bayaran sewa kedai dan gerai terutamanya di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Menteri tegaskan bahawa tidak perlu untuk Kerajaan Sarawak membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk semua bantuan pakej yang telah diumumkan. Ini kerana dana telah disediakan melalui dana kecemasan seperti yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam bajet 2020.

 

Tags: #Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) #BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0 #DANA KHAS RM1500 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL #MEMANSUHKAN KADAR FAEDAH SKIM MIKRO KREDIT #penjaja serta peniaga kecil #Perusahaan Kecil dan Serdehana (PKS) #Perusahaan mikro #SENARAI BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      danZ.1 year ago

      Camne nak cek online pake hp nak nanga duit dah masuk x ohh,kepak bah ulang alik ke bank bersusun..udah time PKP camtok gik.sehingga kmk komen tok,dari marek cek belom juak.bank rhb/pbb.ada x nya pn link..yg bkss ya..info lok..tq

      Reply
    2. author

      Rohayati Binti junai12 months ago

      “Bantuan khas Sarawakku Sayang 2.0”

      Reply

    Leave a reply "BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2.0"