BANTUAN MOBILITI PERKESO(MOBILITY ASSISTANCE)

BANTUAN MOBILITI PERKESO(MOBILITY ASSISTANCE)

BANTUAN MOBILITI PERKESO

Bagi meringankan beban pencari kerja, Sukacita, Kerajaan melalui PERKESO akan menyediakan bantuan mobiliti kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin. Manakala, bantuan mobiliti ini juga melibatkan penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai Bantuan Mobiliti ini, semoga membantu,

 

APA ITU BANTUAN MOBILITI PERKESO 

Bantuan ini adalah merupakan bayaran one-off kepada pekerja melalui majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;

 

KADAR BANTUAN MOBILITI PERKESO

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang telah ditetapkan untuk bantuan ini iaitu:

  • Sebanyak RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin.
  • Sebanyak RM1,000 ringgit melibatkan penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MOBILITI PERKESO

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan di bawah PenjanaKerjaya iaitu:

  • Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;
  • Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;
  • Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off
  • Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.
  • Majikan boleh mengemukakan permohonan Bantuan Mobiliti bagi pihak pekerja yang layak berdasarkan maklumat seperti Bil Elektrik, Astro atau lain-lain dokumen.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MOBILITI PERKESO

Permohonan Bantuan Mobiliti di bawah PenjanaKerjaya dibuka kepada majikan mulai *Akan dikemaskini

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN MOBILITI PERKESO

Majikan boleh mengemukakan permohonan di dalam Sistem PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MOBELITI PERKESO

Berapa banyak kali pembayaran Bantuan Mobiliti akan dibuat?

  • Bayaran Bantuan Mobiliti akan dibuat melalui majikan secara one-off sekali sahaja bagi setiap pekerja yang layak sepanjang tempoh Program PENJANA.

Bilakah Program Bantuan Mobiliti mula berkuat kuasa?

  • Program Bantuan Mobiliti terpakai bagi pekerja/perantis yang diambil bekerja mulai 15 Jun 2020 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di atas.

Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lain-lain pihak berkuasa dan PERKESO sebelum 1 Jun 2020;
  • Permohonan bagi insentif ini adalah berdasarkan pekerja yang dilantik di bawah satu majikan yang berdaftar dengan SSM atau lain – lain pihak berkuasa. Sekiranya satu majikan mempunyai lebih daripada satu kod majikan dengan PERKESO (contohnya terdapat cawangan), permohonan yang dikemukakan di bawah kod majikan yang berbeza oleh majikan yang sama akan digabungkan sebagai satu permohonan sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

1 thought on “BANTUAN MOBILITI PERKESO(MOBILITY ASSISTANCE)”

Leave a Comment