CARA TEBUS CLAIM BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2022 (Guna Aplikasi Boost)

CARA TEBUS CLAIM BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2022 (Guna Aplikasi Boost)

BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP

Kepada Pemohonan yang membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kini anda boleh membuat semakan dan juga menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Back To School.

Bagaimana cara untuk membuat penebusan melalui aplikasi Boost? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu..

 

APA ITU BANTUAN MAIWP KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL

MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.

 

CARA SEMAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP

Sebelum anda membuat penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk membuat semakan:

  1. Layari pautan eBaitulmal: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/
  2. Klik pada Semakan Status Bantuan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan murid
  4. Pada maklumat yang tertera, sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini

 

CARA PENEBUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat penebusan:

  1. Ikuti langkah 1 sampai 4 seperti di atas.
  2. KemudianStatus e-Wallet Boost anda akan dipaparkan. Jika nombor telefon tidak berdaftar, sila daftarkan nombor telefon terlebih dahulu.
  3. Pastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan.
  4. Pada bahagian pengesahan identity, pastikan anda lengkapkan:
    • Jenis ID: Kad Pengenalan/Passport
    • Masukkan No Id anda: Kad Pengenalan/Passport
    • Tangkap gambar ID anda (depan & Belakang)
    • Ambil gambar selfie anda
  5. Selesai

 

CARA DAFTAR BOOST EWALLET

Kepada anda pengguna baru, anda boleh daftar boost terlebihd ahulu seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Boost dari gedung Google Play atau gedung Apple App
  2. Buka aplikasi Boost dan ikuti arahan di bawah untuk membuat akaun Boost:
  3. Klik pada “Register”
  4. Masukkan nombor mudah alih anda dan boost app akan menghantar SMS dengan kod TAC 6 digit. Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.
  5. Masukkan nama anda
  6. Masukkan alamat e-mel anda
  7. Sediakan kata laluan supaya anda boleh log masuk ke Akaun Boost anda.
  8. Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
  9. Masukkan invite kod (sekiranya anda) untuk mendapatkan tambahan bonus
  10. Pilih telco anda
  11. Pada permulaan anda akan mendapat Akaun Basic, yang mana Had EWallet anda adalah RM200. Dan jika anda mahukan EWallet sehingga RM1500, anda perlu upgrade akaun ke PREMIUM.
  12. Jika anda memilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda. Rujuk CARA UPGRADE BOOST PREMIUM
  13. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penenbusan Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022, anda boleh merujuk pada pautan berikut ebaitulmal.maiwp.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN IPT MAIWP:BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT/ BANTUAN PERSEDIAAN IPT

Leave a Comment