BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020:  CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020:  CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020

APA ITU BMT

BMT ialah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.

Mereka akan menerima bantuan sekali sebanyak RM500 setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Jika ada ada memohon sebelum ini, rujuk perkongsian di bawah untuk buat semakan.

Nak tahu tentang BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0? PERMOHONAN BARU,KADAR BANTUAN & TARIKH BAYARAN

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my.

Berikut ialah cara untuk semak samada lulus atau tidak permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)  ini:

  • Layari laman web rasmi RISDA di sini: http://webapp3.risda.gov.my
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Tekan butang Semak
  • Lihat status permohonan bantuan

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN BMT 2020

Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2020(BMT) Permohonan bagi Bantuan Musim Tengkujuh 2020 (BMT 2020) telah dibuka bermula 1 September 2020 hingga 31 Oktober 2020.

CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI PEMILIK KEBUN

Bagi yang tidak tahu, permohonan bantuan ini adalah secara manual. Ini bermakna, tidak ada cara mohon secara online. Anda harus menghadirkan diri ke pejabat RISDA yang berhampiran.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon bantuan di semua pejabat RISDA yang berhampiran:

Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
  • Geran asal tanah dan salinan; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Ramai yang tengah tunggu keputusan rayuan BSH FASA 3 kan?Kami kongsikan info terbaru tentang  bilakah pemohon boleh SEMAKAN RAYUAN BSH FASA 3 BERMULA NOVEMBER?

CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI BUKAN PEMILIK KEBUN

Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  • Salinan Kad PAT-G; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020

Semua Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat RISDA Daerah atau Pejabat RISDA Stesen yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Risda Daerah dan Stesen-Stesen Risda

Sila patuhi SOP Pencegahan Penularan Covid-19 semasa hadir ke lokasi penghantaran borang permohonan.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

JUMLAH BMT RISDA 2020

Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar dua kali (RM300 x 2) iaitu pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021 tertakluk kepada kelulusan permohonan.

Baca tentang SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

MAKSUD PEKEBUN KECIL GETAH PEMILIK PENGUSAHA

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

MAKSUD PENOREH BUKAN PEMILIK

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

MAKSUD PEMILIK TANAH YANG SAH

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

MAKSUD PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA

Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.

Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu :

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM),
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS),
  • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • FELDA
  • FELCRA
  • KESEDAR
  • KETENGAH
  • lain-lain sumber Agensi/Jabatan.

Tags: #BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020 #BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020 #CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI BUKAN PEMILIK KEBUN #CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI PEMILIK KEBUN #MAKSUD PEKEBUN KECIL GETAH PEMILIK PENGUSAHA #MAKSUD PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA #MAKSUD PEMILIK TANAH YANG SAH #MAKSUD PENOREH BUKAN PEMILIK #SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN BMT 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    KALENDAR KUDA TAHUN 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKALENDAR KUDA TAHUN 2021 APA ITU KALENDAR KUDA? Rakyat Malaysia rasanya pasti
    1. author

      Yap Kim Choon1 month ago

      Bagaimana dan apa cara untuk memohon BMT 2020? Sila e-mail borong Bantuan Musim Tengkujuh RISDA .

      Reply
    2. author

      Lau Pee Nong4 weeks ago

      bantuan musim tengkujuh risda 2020:cara,borang permohonan dan semakan BMT

      Reply
    3. author

      siti nuradila binti nidzam4 weeks ago

      sy tidak pernah memohon sebelom ini..geran kebun masih nama Arwah mak sy,boleh kah sy memohon?Dan bagaimana cara nya..tq

      Reply

    Leave a reply "BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020:  CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT"