CARA TUKAR BAHASA APLIKASI (Whatsapp Facebook TikTok Grab Google Form)

CARA TUKAR BAHASA APLIKASI (Whatsapp Facebook TikTok Grab Google Form)

CARA TUKAR BAHASA

Adakah anda ingin mencari panduan untuk menukar bahasa dalam aplikasi yang anda gunakan? Sekiranya ya, di sini kami akan kongsikan kepada anda car untuk menuakr bahasa di dalam aplikasi Whatsapp, Facebook, Tik Tok, Grab dan Google Form. Semoga membantu.

 

CARA TUKAR BAHASA WHATSAPP

Kepada anda yang ingin mengubah bahasa dalam aplikasi Whatsapp, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Whatsapp di telefon anda
  2. Klik pada Pilihan lain > Tetapan > Sembang > Bahasa Aplikasi.
  3. Pilih bahasa yang anda inginkan.
  4. Selesai, bahasa aplikasi akan berubah secara automatik.

 

CARA TUKAR BAHASA FACEBOOK

Kepada anda yang ingin mengubah bahasa dalam aplikasi facebook, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Facebook di telefon anda
  2. Pada menu utama klik pada simbol tiga garis bertindih
  3. Seterusnya klik pada Tetapan
  4. Kemudian klik pada Bahasa dan Negara dalam lajur kiri.
  5. Di sini, anda boleh Ubah bahasa yang anda lihat di Facebook
  6. Klik Sunting di sebelah bahasa Facebook dan pilih bahasa.
  7. Klik Simpan Perubahan.

Nota: Sentiasa ingat bahawa apabila anda mengubah bahasa, tetapan rantau anda (seperti tarikh, masa dan nombor) dikemas kini secara automatik agar sepadan dengan format rantau anda.

 

CARA TUKAR BAHASA TIK TOK

Kepada anda yang ingin mengubah bahasa dalam aplikasi Tik Tok, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Tik Tok di Telefon anda
  2. Pergi ke halaman profil anda dan klik tiga titik mendatar di sudut kanan atas skrin.
  3. Seterusnya klik pada App Bahasa
  4. Klik pada salah satu bahasa yang anda inginkan dari senarai, kemudian klik “Selesai.”
  5. Bahasa aplikasi akan berubah secara automatik.

 

CARA TUKAR BAHASA GRAB

Kepada anda yang ingin mengubah bahasa dalam aplikasi Grab, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Grab di Telefon anda
  2. Kemudian klik pada tetapan
  3. Klik pada Bahasa dan Input
  4. Klik pada salah satu bahasa yang anda inginkan dari senarai
  5. Selesai, bahasa aplikasi akan berubah secara automatik.

 

CARA TUKAR BAHASA GOOGLE FORM

Kepada anda yang ingin mengubah bahasa di Google Form, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka pautan Google Form tersebut di Telefon anda
  2. Seterusnya klik pada Urus akaun google anda
  3. Akan terbuka tab baru di sebelah tab google forms yang anda buka tadi. Klik pada menu Data & Personalization.
  4. Kemudian scroll ke bawah sehingga jumpa general Preferences fot The Web dan klik pada Language
  5. Klik pada Prefered Language dan pilih bahasa yang anda inginkan daripada senarai tersebut
  6. Selesai, bahasa aplikasi akan berubah secara automatik.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AKAUN GO SHOP APLIKASI (Order & Beli Barang)

Leave a Comment