PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Warga Emas Dapat RM500 Sebulan)

PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Warga Emas Dapat RM500 Sebulan)

BANTUAN ORANG TUA

Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibubapa yang telah tua atau dikategori sebagai war

ga emas,  boleh buat permohonan bantuan bulanan warga emas yang dikenali Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500.

Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan mereka. Bagaimana cara untuk membuat permohonan BOT? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

DEFINISI WARGA EMAS

Warga emas didefinasikan sebagai mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

 

KADAR BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan.

 

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN WARGA TUA (BOT)

Sebelum memohon bantuan warga emas, sila baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  4. Pemohon adalah warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:

  • Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
  • Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)

 

CARA PERMOHONAN  BANTUAN WARGA TUA (BOT)

Berikut adalah cara membuat permohonan BOT:

Permohonan Atas Talian (Online):

  1. Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  3. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Permohonan Secara Manual:

  1. Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  2. Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Orang Tuan (BOT), anda boleh rujuk:

 

ARTIKEL LAIN

DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2023

28 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Warga Emas Dapat RM500 Sebulan)”

  1. Bagaimana KLU warga emas tersebut telah dapat bantuan baitulmal…adakah warga emas tersebut layak menerima bantuan kebajikan masyarakat pulak..harap maklum

    Balas
  2. Saya Suami Isteri Warga Emas. Mana dia Bantuan Warga Emas yang dikatakan. Saja kata kot…atau Kata- kata memancing…..

    Balas
  3. my name munisamy a/l narayanan number ic 461209085167 dan i am handicapman [ oku ]umor 74 years warga emas heart patient my wife name sellamah a/p sellan age 64 years 0ld so far i have not applied for BANTUAN ORANG TUA BECAUSE I Donot know first time applying please approve my application thankou N.MUNISAMY

    Balas
  4. MY NAME n.munisamy warga emas malaysia orang tua oku ic nombor 461209085167 first time mohon untuk BANTUAN ORANG TUA lewat mohon tidak dapat tahu saya ada se orang isteri bernama SELLAMAH A/P SELLAN berumor 64 tahun sekian terima kasih

    Balas
  5. Hello,saya mahu Tanya Tu warga emas RM350 utk org Tua ,bole tolong saya cek my mother nam ho chu moi ,ic 571229125194, kenapa sampai Sekarang Belum Ada information me? date Dari tahun 2020 bulan 6 Suda apply Masih Belum Ada info ohh !!!!!! Skrg tahun 2021 Suda log..APA macam pegawai keja ohh.. balik balik pegi Tanya perkeja ckp Tu pegawai belum sign mahu 1tahun Suda
    Contact sa 0189697788

    Balas

Leave a Comment