BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Kepada mahasiswa anak Perak,anda boleh mohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak jika layak.

Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan ini bagi  meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

APA ITU BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK?

Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

APA ITU BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK?

Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.

Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:

  • Kemalangan
  • Kebakaran
  • Kematian ibu/bapa/penjaga
  • Kecurian
  • Bencana alam
  • Penyakit Kronik

Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

KADAR  BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Berikut adalah kadar bantuan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Perak adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri – RM700 setahun.
  • Bantuan Kecemasan – RM300-RM1000 (mengikut kepada bencana atau musibah).

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MAHASISWA PERAK

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Sara Diri:

Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:

  1. a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
  2. b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
  3. c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  4. d) Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

MAKLUMAN PENTING

  • Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  • Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  • Ibu dan bapa keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  • Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  • Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan biasiswa pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemberian akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Kecemasan,:

Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:

  1. a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
  2. b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
  3. c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  4. d) Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

MAKLUMAN PENTING

  • Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  • Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  • Pemohon perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi MPKK/Penghulu/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN).
  • Pemohon perlu menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:

  • Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar pemohon.
  • Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.

Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:

  1. a) Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
  2. b) Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
  3. c) Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE/BORANG

Jika anda layak,boleh mohon melalui dua cara iaitu:

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE

Bagi Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online

Bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK BORANG

Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Sila klik disini untuk muat turun borang

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda berminat,boleh dapatkan maklumat lanjut di pejabat Yayasan Perak di alamat:

Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111 Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.

Sila hubungi  pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/

Tags: #APA ITU BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK? #APA ITU BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK? #BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK #BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021 #BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK 2021 #BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE #BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK #MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK #PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK #SEMAKAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021"