BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020:SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA RM700 SETAHUN

BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020:SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA RM700 SETAHUN

BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020

Jika anda telah buat permohonan sebelum ini, kini anda boleh buat semakan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak 2020 secara online.

Bagi yang tidak mempunyai maklumat tentang Bantuan Sara Diri Yayasan Perak,boleh baca perkongsian ini.

APA ITU BANTUAN SARA DIRI?

Bantuan Sara Diri ini adalah satu bantuan diberikan oleh Yayasan Perak. Ini adalah tidak lain bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Bantuan Sara Diri ini juga adalah untuk mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

Bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan tentu sekali bantuan ini akan meringankan beban mahasiswa. Terutama sekali yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan

SEMAKAN BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020

Untuk buat semakan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak,pemohon perlu:

  • Layari laman web rasmi di sini: http://yayasanperak.gov.my/v5/bantuan-sara-diri-dan-kecemasan-mahasiswa-anak-perak/
  • Lihat di sebelah kanan komputer (jika menggunakan komputer). Jika anda menggunakan telefon bimbit, scroll hingga ke bahagian bahawa.
  • Lihat bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon
  • Tekan butang Semak
  • Akan keluar satu popup yang akan menunjukkan keputusan semakan

KADAR BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK

Kadar Bantuan Sara diri yang diberikan kepada mahasiswa ialah RM700 sahaja setahun.

CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK

Bagi yang pertama kali mendengar bantuan ini, anda boleh memohon secara online.

Baca tentang BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020: CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK

Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  • Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  • Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  • Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).
  • Bantuan Sara Diri (Permohonan dibuka 1 Januari Sehingga 31 Ogos Setiap Tahun Bagi Tahun Semasa)

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang perlu disediakan dan dimuat naik secara online semasa memohon:

  • Salinan Kad Pengenalan pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar.
  • Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  • BORANG PERMOHONAN

Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.

Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung

Tags: #BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020 #BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020:SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA RM700 SETAHUN #SEMAKAN BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "BANTUAN SARA DIRI YAYASAN PERAK 2020:SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA RM700 SETAHUN"