BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DIAWALKAN

BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DIAWALKAN

BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DIAWALKAN

Bantuan Prihatin Nasional Diawalkan, Akan Mula Disalurkan Mulai 6 April 2020. Bantuan Prihatin Nasional yang ditunggu tunggu rakyat Malaysia akan mula disalurkan mulai Isnin depan iatu 6 April 2020. Perkara itu disebut oleh Menteri Kewangan Malaysia, menerusi satu temubual khas bersama TV3.

Bayaran Bermula Isnin Ini, Tetapi Secara Berperingkat


Menurut Tengku Zafruh, bayaran ini dipercepatkan bermula hari isnin ini namun ianya akan diadakan secara berperingkat. Semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional tersebut telah bermula mulai 1 April yang lalu. Sebelum ini, Kerajaan Malaysia memaklumkan bahawa bantuan ini akan mula disalurkan pada penghujung April namun ianya mendapat kritikan banyak pihak terutamanya bagi mereka yang berkerja dengan gaji harian yang putus mata pencarian ketika tempoh PKP.

#Kemaskini

Pembayaran berjumlah RM5.63 bilion itu akan memanfaatkan 8.3 juta isi rumah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran BPN dapat dilakukan dengan lebih cepat hasil kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu rakyat memerlukan.

“Saya ingin menasihati rakyat supaya berhati-hati dengan scammer mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

 

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

 

Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

KESIMPULAN

Adalah sangat wajar bayaran Bantuan Prihatin Nasional(BPN) diawalkan untuk mereka yang sudah mempunyai data yang lengkap untuk memastikan rakyat memerlukan dapat menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan asas dikala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Tags: #BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DIAWALKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan

    Leave a reply "BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DIAWALKAN"