BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER

BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER

BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER

Kepada yang telah membuat permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda akan menerima BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER jika layak.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Secara mudahnya, prosesnya begini PERMOHONAN GKP 2.0 > SEMAKAN GKP 2.0 > BAYARAN GKP 2.0

Berdasarkan makluman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0.

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.

Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

Diharapkan dengan bantuan ini, mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapa Yang Layak GKP 2.0?

Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.

Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Masih aktif menjalankan perniagaan
  3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 2.0

Pemohonan boleh membuat semakan status permohonan mulai 27 November di gkp.hasil.gov.my

Rujuk MAKSUD KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0

TARIKH BAYARAN GKP 2.0

Pembayaran akan dibuat bermula 30 November secara one-off sebanyak RM3,000.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat. Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.

SOALAN LAZIM BAYARAN GKP 2.0

Bilakah tarikh bayaran GKP 2.0?

Bermula 30 November 2020

Bilakah tarikh semakan GKP 2.0?

Bermula 27 November 2020

Adakah boleh buat rayuan jika gagal?

Akan dimaklumkan oleh pihak LHDNM dalam masa terdekat

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP 2.0, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

Tags: #BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER #TARIKH BAYARAN GKP 2.0

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan
    1. author

      Hamiri bin sotimin10 months ago

      Assalamualaikum…nak tanya kalau status permohonan gkp terpapar DALAM PROSES mcmana tu…

      Reply
    2. author

      Shanimah jalu10 months ago

      Kenapa lh sya apply tk lulus .sdh lh susah .tambah susah .sya smua lengkap .tk dpt jgk .hm

      Reply
    3. author

      Ioma Aris10 months ago

      bagaiman cara untuk saya membuat kemaskini Permohonan gkp

      Reply
    4. author

      Afzan10 months ago

      Salam..Rayuan gkp 2.0 bila boleh buat ye?

      Reply
    5. author

      Shamini9 months ago

      Salam… Rayuan GkP 2.0 bila boleh buat ye..?

      Reply
    6. author

      Mohamad Hairol bin ahmed7 months ago

      Sy dh lulus BPR xmsuk pun duit dlm akuan

      Reply
    7. author

      Amirul bin azmam2 weeks ago

      Amirul bin Azmam

      Reply
    8. author

      Amirul bin azmam1 week ago

      Bsn 1111129000159678

      Reply

    Leave a reply "BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER"