BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN BERMULA 7 OGOS
Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, merujuk kepada status Bantuan Khas Sarawakku sayang (BKSS) 2020 bertarikh 17 JULAI 2020, kira-kira 78,123 isi rumah B40 dan 270,863 golongan bujang B40 menerima bayaran pada hujung bulan Julai.
BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN
BAYARAN BKSS B40 ISI RUMAH
Setakat 1 Ogos, bagi insentif BKSS untuk isi rumah B40 layak mereka yang berpendapatan dibawah RM4,000 sebulan, sebanyak 43,481 dari 78,123 isi rumah B40 yang mempunyai akaun bank menerima bayaran RM250 ke akaun bank masing-masing pada 29 Julai, dengan anggaran perbelanjaan RM10.87 Juta. Baki 34,642 porang penerima dari kalangan isi rumah yang tidak mempunyai akaun bank pula, bayaran tunai boleh dituntut dari BAnk Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 Ogos ini.
Kini, ibu tunggal yang telah membuat permohonan BKIT,boleh buat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL(BKIT)
BAYARAN BKSS B40 BUJANG
Manakala, bagi penerima bantuan bujang B40, setakat 1 Ogos 2020, sebanyak 218,489 dari 270,863 penerima telah menerima bantuan secara one-off berjumlah RM500 menerusi bank masing-masing pada 29 Julai 2020. Jumlah selebihnya 52,374 penerima bantuan Bujang B40 yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai boleh dituntut dari BSN mulai 7 Ogos 2020.
STATUS PEMBAYARAN INSENTIF BKSS LAIN
Pada masa yang sama, status pelaksanaan insentif pembayaran tunai bkss yang lain seperti insentif bulanan khas untuk petugas barisan hadapan yang terlibat dalam COVID-19, seramai 30,319 orang telah menerima insentif pembayaran sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh April hingga Julai, dengan jumlah perbelanjaan RM13.5 juta.
Jika ada menghadapi kesukaran untuk menjalankan kehidupan pasca Covid-19, anda boleh buat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek.
STATUS PEMBAYARAN BKSSS PENJAJA & PENIAGA KECIL
Dalam pada itu, bagi penjaja dan peniaga kecil pula, setakat 29 Julai, sejumlah 28,091 orang dibayar melalui sarawak pay menerusi dua bahagian dengan jumlah pembayaran berjumlah RM21,068,250. Sementara itu, 16,867 penjaja dibayar melalui BSN menerusi dua peringkat dengan pembayaran berjumlah RM12,650,250.
Betul ke ada PERMOHONAN BARU BSH 2020: SIAPAKAH YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN BARU?
PUNCA BAYARAN BKSS JULAI LAMBAT MASUK
Dalam kenyataan tersebut turut dinyatakan, terdapat aduan daripada sebilangan kecil penerima isi rumah B40 yang tidak lagi menerima bantuan BKSS untuk bulan Julai 2020 walaupun mereka telah menerima bantuan B40 BKSS pada bulan April hingga Jun lalu.
Hal ini disebabkan, berdasarkan senarai BSH 2020 yang dikemaskini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, terdapat 115,450 penerima yang sebelum ini berada di bawah senarai isi rumah BSH 2019 B40, kini disenaraikan dibawah senarai Bujang BSH 2020 B40.
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKSS
Bermula 6 Ogos, semakan status pembayaran BKSS boleh dilakukakn di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/
Tags: #BAYARAN BKSS B40 BUJANG #BAYARAN BKSS B40 ISI RUMAH #BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN #PUNCA BAYARAN BKSS JULAI LAMBAT MASUK #SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKSS #STATUS PEMBAYARAN BKSSS PENJAJA & PENIAGA KECIL #STATUS PEMBAYARAN INSENTIF BKSS LAIN
TIMMA ANAK KUEN7 months ago
ada kha sya lulus rayuaan bkss itu puan..boleh bgi info tak
Rayan anak kayok7 months ago
adakah saya lukus bkss
Jimmy Geta7 months ago
Nak tanya bleh? Mcm mna nak semak nama kita samada sy lulus ke atau tdak lulus bkss ni thun??sya juga seorg OKU..mcm mna nak mohon bantuan ya??
hafizul helmi7 months ago
Maaf boleh tanya..macam mana dengan orang yang tidak memohon atau tidak tahu bagaimana cara nak dapatkan borang permohonan tersebut ? Ada juga yang kata tak payah buat permohonan kerana ia secara automatik layak menerima bagi ketegori bujang..
Wenney jida7 months ago
Bantuan insitif kerajaan
Tubang ak bundan7 months ago
Harapan saya ingin lulus seperti orang lain.
Priscilla rikan7 months ago
Saya mahu tanya kenapa bkss bulan julai belum masuk yer?? Yg bulan ogos ni pun belum masuk jg
juwanda6 months ago
Mahu tanya.bantuan bkss ayah saya blom dapt bulan 7..
Abdul manaf bin ayu6 months ago
Rm 750. dh d terima….ogos lepas….tapi..baki rm750..lagi bila d tunaikan ye…harap2 ada lh ye….
Maylili5 months ago
Bayaran pertama bulan Ogos sudah 750…bilakh bayaran kedua?hrp2 ada ya
Paul Jowen Anak jome5 months ago
Macam mana menebus bantuan bkss B40 Bujang melalui baucer.. Untuk makluman, bantuan bkss diluluskan pada bulan ogos dn dikreditkan ke dalam kad akuan bank.. Sedangkan, saya tidak mempunyai kad bank. Saya sudah memohon pihak bank untuk menukarkan kepada baucer, dan menunggu status penukaran tersebut selama 2 minggu.. Tetapi sampai sekarang status masih kekal.. Dan tidak dapat menerima bantuan tersebut.. Harap Pihak LHDN mengambil berat tentang permasalahan yang diajukan dan akan bekerjasama sepenuh menjawab setiap pertanyaan diajukan pihak LHDN