BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG


BIASISWA PENGAJIAN TINGGI   YAYASAN PAHANG

Terdapat 4 jenis biasiswa di peringkat pengajian tinggi  yang disediakan oleh Yayasan Pahang. Berikut adalah biasiswa sekolah Yayasan Pahang :

Jom baca tentang : https://kekandamemey.com/biasiswa-sekolah-yayasan-pahang.html

#BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR(BKMB) PAHANG

Biasiswa ini untuk pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Selain itu,biasiswa ini juga untuk  memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Ia bertujuan untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional untuk membangunkan modal insan bertaraf global.

SYARAT PERMOHONAN

1. Anak negeri Pahang

2.Cemerlang dalam akademik dan mempunyai daya kepimpinan serta aktif dalam kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3.Cemerlang dalam SPM atau STPM pada tahun semasa :
– calon SPM : 9A+ ke atas
– calon STPM : 4 Prinsipal A

4.Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5.Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG

Jenis Pembayaran dan Kadar Biasiswa


#BIASISWA TAHFIZ PROFESIONAL

Ia bertujuan untuk mewujudkan golongan profesional yang mampu menghafaz Al-Quran. Biasiswa ini dibuka kepada pelajae cemerlang akademik dan kokurikulum serta mampu untuk megikuti Kursus Persijilan Tahfiz Al-Quran anjuran JAKIM.

Selain itu pelajar yang mendapat tempat pengajian peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam jurusan profesional.

SYARAT PERMOHONAN

1. Anak negeri Pahang

2.Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh Darul Quran dan mendapat tawaran mengikuti progra Persijilan Tahfiz Darul Quran

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG

#BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

Biasiswa ini bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir dan berketrampilan. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

SYARAT PERMOHONAN

1. Anak negeri Pahang

2.Ditawarkan mengikuti program Diploma Tahfiz di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

3.Mempunyai sahsiah yang baik dan sihat.

 JUMLAH BIASISWA – RM1200 Sebulan

#SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG

 

Ditawarkan untuk pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam SPM. Ia menawarkan biasiswa untuk pengajian berikut :

1.Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

-bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam.

 

2.Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.
– menyediakan golongan profesional dalam bidang perakaunan

SYARAT PERMOHONAN

1.Anak Negeri Pahang

2.Cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum

3.Mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran.

 

JUMLAH BIASISWA

Elaun sara hidup – RM5000 setahun

Yuran pengajian – berdasarkan Institusi Pengajian

Untuk mendapatkan borang permohonan bantuan biasiswa pengajian tinggi Yayasan Pahang, hubungi :

Unit Biasiswa & Program Sokongan

Nor Azean bt. Othman
Nombor Telefon : 09-5181809

Mohd Zulhafni b. Ahmad

Nombor Telefon : 09-5181860

Layari : http://www.yp.org.my

 

Tags: #BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN #BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR(BKMB) PAHANG #BIASISWA PENGAJIAN TINGGI #BIASISWA TAHFIZ PROFESIONAL #SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG #YAYASAN PAHANG

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BPTAR 2020:PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR B40 IPTA RM300 SEBULAN
    BPTAR 2020:PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR B40 IPTA RM300 SEBULAN Untuk makluman,Yayasan Tuanku Abdul Rahman
    GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH 2020
    GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH 2020 PENGENALAN GERAN PRA SISWAZAH & PASCA
    BIASISWA SEKOLAH  YAYASAN PAHANG
    BIASISWA SEKOLAH  YAYASAN PAHANG Terdapat 3 jenis biasiswa di peringkat sekolah yang disediakan
    BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
    BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH Bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk pelajar lepasan SPM

    Leave a reply "BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG"