BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

PENGENALAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.  Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

TARIKH PERMOHONAN

10 Februari 2020 Sehingga 6 Mac 2020

PANDUAN MEMOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG(BYDPA) 2020/2021

1.Mengisi borang secara dalam talian melalui portal BYDPA sehingga tarikh tutup pada 6 Mac 2020.

2.Mengisi borang dengan lengkap dan diserah tangan atau pos sebelum 6 Mac 2020.

SENARAI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG(BYDPA) 2020/2021

12 biasiswa ditawarkan  iaitu enam di peringkat Sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

KRITERIA UTAMA PEMILIHAN

  • Calon yang mendapat keputusan akademik amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

 

  • Calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa

 

  • Kebolehan istimewa

 

  • Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
    menghasilkan kerja kreatif dan inovatif.
  • Calon yang telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian pada tahun penajaan di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka di dunia turut diberi keutamaan.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.

 

  • Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga

 

  • JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.

 

  • Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan

 

Maklumat lanjut mengenai penawaran itu boleh didapati melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau

Hubungi talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected]

Tags: #BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021 #KRITERIA UTAMA PEMILIHAN #PANDUAN MEMOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG(BYDPA) 2020/2021 #SYARAT KELAYAKAN #TARIKH PERMOHONAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR

    Leave a reply "BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2020/2021"