BIGPAY  EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)

BIGPAY  EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)

BIGPAY  EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)

 

Pernah dengar tentang BigPay dari AirAsia? Katanya, kalau guna BigPay, transaksi akan jadi lebih murah. Lebih-lebih lagi jika digunakan di luar negara. Ini kerana BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan untuk exchange rate. Kedengaran menarik? Ikuti panduan di bawah untuk membaca cara daftar BigPay  secara online.

 

APA ITU BIGPAY  EWALLET?

BigPay adalah e-dompet yang diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah cashless society.

 

KELEBIHAN BIGPAY EWALLET

Berikut adalah kelebihan menggunakan BigPay eWallet:

  • Antara fungsi utamanya adalah untuk membuat pertukaran mata wang asing secara digital.
  • Pengguna juga mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menggunakan wang kerana ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi mobile dan Mastercard ala prepaid card.
  • Contohnya,anda yang sering berulang-alik atau mengirim wang ke Singapura atau Indonesia, aplikasi ini memang sangat sesuai untuk anda.

 

SYARAT DAN KELAYAKAN PENDAFTARAN BIGPAY

Anda hanya boleh mendaftar BigPay sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas, serta anda merupakan warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap. Pendaftaran untuk BigPay adalah percuma. Walau bagaimanapun, anda memerlukan minimum RM20 sebagai syarat untuk mendaftar.

Jangan risau, wang itu 100% milik anda dan akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay anda. Tiada caj tambahan dikenakan.

 

CARA REGISTER BIGPAY ONLINE(Cara Daftar BigPay)

Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar secara online.

  1. Download aplikasi BigPay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  4. Untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal anda, sama ada di Malaysia atau di Singapura.
  5. Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
  6. Tekan butang Send Code, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
  7. Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda  dan sahkan sekali lagi passcode anda.
  8. Tick pada terma & syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card Sekiranya anda ingin membaca
  9. Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
  10. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan seperti:
    • Full Name –  masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
    • Email Address –  masukkan emel anda yang aktif.
    • Date of Birth – Pilih tarikh lahir anda.
    • Gender – pilih jantina anda
    • Nationality, pilih kewarganegaraan anda.
    • NRIC Number – masukkan nombor kad pengenalan anda yang baru (nombor MyKad).
    • Occupation – pilih pekerjaan anda.
    • Pada ruangan Industry – pilih bidang pekerjaan anda.
  11. Setelah lengkap semuanya, klik Next.
  12. Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
  13. Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
  14. Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
  15. Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran BigPay anda akan selesai.

NOTA: Kad prepaid Mastercard BigPay akan dihantar dalam proses 5-7 hari selepas membuat pendaftaran.

 

BIGPAY SOKONG PENGHANTARAN WANG KE 38 NEGARA

BigPay ialah sebuah platform dompet digital dan kad prabayar yang memudahkan pembayaran secara nirtunai di luar negara dengan mudah dan pada kadar yang rendah. Kini eWallet ini menyokong sehingga 38 negara untuk penghantaran wang, antaranya ialah:

  • Malaysia
  • Singapura
  • Thailand
  • Indonesia
  • Filipina
  • China
  • Vietnam
  • India
  • Bangladesh
  • Nepal
  • Australia
  • England
  • Ireland Utara
  • Scotland
  • Wales
  • Portugal
  • Cyprus
  • Vatican City State
  • San Marino
  • Eropah
  • Perancis
  • Jerman
  • Itali
  • Belgium
  • Sepanyol
  • United Kingdom

 

CARA TRANFER WANG KE LUAR NEGERA BIGPAY

Untuk melakukan pemindahan wang ke luar negara, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka eWallet BigPay anda
  2. Pilih negera yang anda ingin tranfer dan masukkan jumlah yang ingin di tranfer
  3. Isikan maklumat penerima dengan lengkap dan tepat dan klik next
  4. Pada ruangan pengesahkan, sahkan maklumat tersebut dan klik pada Pay
  5. Selesai, anda boleh screen shot atau download resit tersebut untuk dikongsikan kepada penerima.

NOTA: pada masa kini BigPay menawarkan pemindahan wang antarabangsa secara percuna untuk negara-negara Eropah dan UK.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari https://www.bigpayme.com/

 

ARTIKEL LAIN

TOUCH ‘n GO EWALLET (CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )

2 thoughts on “BIGPAY  EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)”

Leave a Comment