BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020

BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020

BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020


BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020

Bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, Kerajaan telah memberi tawaran penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.Tetapi bilakah tarikh penebusan awal gantian cuti rehat 2020 boleh dituntut?

Baca juga tentang : https://kekandamemey.com/my-salam-insuran-malaysia.html
Dasar cuti rehat yang ditetapkan oleh Kerajaan ialah menggalakkan pegawai mengambil cuti rehatnya pada tiap-tiap tahun untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai itu sendiri.

Walau bagaimanapun, akan ada pegawai yang tidak dapat menghabiskan cuti rehatnya demi kepentingan perkhidmatan. Dalam keadaan ini pegawai adalah dibenarkan untuk mengumpul cuti rehat tersebut, tertakluk kepada syarat tertentu, untuk digantikan dengan GCR.

Berikut adalah formula yang boleh digunakan:

  1. Gaji akhir + imbuhan tetap = RM5000
  2. Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan melebihi 75 hari.

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebhi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

Oleh itu

1/30 x 75 hari x RM5000 = RM12500

 

APAKAH GANTIAN CUTI  REHAT?

Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

BILA BERKUATKUASA?

Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

SIAPA YANG LAYAK?

Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?

Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?

Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

FORMULA PENGIRAAN

Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.

Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan ‘Award’ Gantian Cuti Rehat ini.

Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.

Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?

Bayaran ‘award’ kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.

Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020

Pembayaran ‘award’ wang tunai akan dibuat pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

Namun demikian, kerajaan telah memberi tawaran penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk ditebus pada tahun 2020.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?

1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

1 salinan kenyataan cuti

2 salinan penyata kiraan cuti

1 salinan kad pengenalan

1 salinan surat permohonan pesara/waris.

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Lebih baik kita tunggu surat pekeliling rasmi yang akan memberi garis panduan untuk tujuan ini.

Untuk maklumat lanjut,layari http://www.jpapencen.gov.my

Tags: #2020 #BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020 #CTR #PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT #penjawat awam

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohonan GKP
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohona

    Leave a reply "BILAKAH TARIKH PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT 2020"