SEMAKAN BMT RM800 (PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA)

SEMAKAN BMT RM800 (PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA)

BMT

Ada ke Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2024? Ya ada,ia juga dipanggil sebagai BMT 2024. Mereka yang layak akan menerima bantuan bagi setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BMT 2024?

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024

Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh iaitu:

SYARAT ASAS:

  1. Satu (1) Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
  2. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1.  Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

 

TARIKH PERMOHONAN BMT 2023

Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh 2023 Adalah Bermula 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.

 

KADAR BANTUAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023

  • Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan

 

TARIKH BAYARAN BMT 2023

Bayaran bantuan itu akan dibuat sebanyak empat kali iaitu RM200 pada setiap bulan sebanyak 4 sbulan iaitu:

  • November 2023
  • Disember 2023
  • Januari 2024
  • Februari 2024

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda seperti berikut:

PEKEBUN KECIL YANG BUKAN DI BAWAH MANA-MANA AGENSI

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan; dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif.

PENOREH BUKAN PEMILIK

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  3. Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

PEKEBUN KECIL DI BAWAH AGENSI

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

 

CARA PERMOHONAN BMT 2023

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023:

  • Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan  https://pekebunkecilmakmur.com.my/
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan.
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.

 

SEMAKAN BMT 2023

Semakan online boleh dibuat melalui laman web Semakan Bantuan Musim Tengkujuh

 

BAGAIMANA JIKA GAGAL PERMOHONAN BMT 2023

Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.

 

CARA BAYARAN BMT 2023

Bayaran bantuan kepada pekebun kecil yang layak aka diberikan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan dibuat.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BMT 2023

Apa Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA?

  • Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
    • Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.
    • Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA, iaitu:
      • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
      • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
      • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
      • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
      • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
      • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
      • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
      • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
      • Lain-lain sumber agensi

Apa Maksud Penoreh Bukan Pemilik?

  • Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.

Apa Maksud Pekebun Kecil Pemilik?

  • Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  • Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
  • PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.

7 thoughts on “SEMAKAN BMT RM800 (PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA)”

Leave a Comment