BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021

 

Kepada penjawat awam dan pesara yang layak,pasti anda ingin tahu bilakah tarikh bayaran Bantuan Khas  Penjawat Awam 2021 sebanyak RM600 dan RM300 kepada pesara

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Ada BONUS RAYA PENJAWAT AWAM & PESARA tahun 2021?

Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2021, 6 November yang lalu.

Untuk makluman, bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.

Bermula 21 Disember 2020, ahli KWSP bagi kategori 1 dah boleh buat permohonan i-SINAR,ini CARA MOHON i-SINAR terkini,mudah dan senang sahaja

TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021

Bayaran sebanyak RM 600 akan diberikan kepada kakitangan awam yang layak pada 25 Januari 2021 nanti.

Nak mohon pinjaman? Boleh semakan laporan CTOS

Kategori Penjawat Awam Tidak Layak

Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak.

Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak tersebut merupakan:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service (COS)
  • Pegawai yang bercuti gaji penuh
  • pegawai yang bercuti separuh gaji
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • pegawai yang dipinjamkan terrmasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  • guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 25 Januari 2020 akan dibayar sebanyak RM 300.00 oleh JPA manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
  • Pesara dan veteran seperti dalam perkara 10, yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 januari 2021 layak dibayar sebanyak RM 600.00

Kategori Penjawat Awam Tidak Layak

  • Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred jawatan utama/Gred khas.
  • pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempah 1 januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 januari 2021.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 januari 2021 hingga 25 januari 2021.
  • pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
  • Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya Pihak berkuasa tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
  • Pegawai perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari 2021 layak diberikan bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 sebanyak RM600. Bantuan ini akan dibayar pada 25 Januari 2021 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat.

Maklumat ini dirujuk melalui Edaran Rasmi JPA berkaitan Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 iaitu Surat Edaran JPA.800-3/2/1(20)

*Sumber: https://www.jpa.gov.my/pengumuman/1413-surat-edaran-bantuan-khas-kewangan-tahun-2021

Tags: #BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021 #SEMAKAN KELAYAKAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021 #TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2021 #TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)
    APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)   SIP adalah satu
    GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN(CARA & BORANG PERMOHONAN)
    GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN(CARA & BORANG PERMOHONAN)   Kepada pemilik Perusahaan
    CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)
    CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)   APA ITU Portal
    DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE
    DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE   APA ITU SSM   Sebelum menjalankan

    Leave a reply "BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM"