BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM

BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM

BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu insentif baharu faedah terbitan kepada penjawat awam iaitu Ex-Gratia Kematian.

APA ITU EX-GRATIA KEMATIAN

Ex-Gratia Kematian adalah insentif atau pemberian oleh Kerajaan Malaysia kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan iaitu dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan.

TUJUAN PELAKSANAAN EX-GRATIA KEMATIAN

Tujuan pelaksanaan Ex-Gratia Kematian ini ialah bagi membantu meringankan beban tanggungan atau waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

SIAPA YANG LAYAK TERIMA EX-GRATIA KEMATIAN?

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/duda/anak/ibu/ bapa yang layak.

Namun, Ex-Gratia Kematian ini tidak akan diberikan kepada kes-kes kematian penjawat awam yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

Pelaksanaan Ex-Gratia ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

Ini bermakna, kematian penjawat awam yang berlaku pada 1 Januari 2020 dan selepasnya akan layak untuk diberikan Ex-Gratia Kematian.

SENARAI KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada penjawat awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terdapat 4 kategori penjawat awam yang layak memohon iaitu:

  • Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Penjawat Awam Perkhidmatan Negeri
  • Penjawat Awam Pihak Berkuasa Berkanun
  • Penjawat Pihak Berkuasa Tempatan

JUMLAH PEMBERIAN EX-GRATIA KEMATIAN

Kadar pemberian Ex-Gratia Kematian ini adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan penjawat awam (si mati) tersebut.

Jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan kurang 60 bulan: RM150,000
  • Perkhidmatan 61-120 bulan: RM100,000
  • Perkhidmatan 121-180 bulan: RM75,000
  • Perkhidmatan 181-240 bulan: RM50,000
  • Perkhidmatan lebih 240 bulan: Tiada

CARA PELAKSANAAN PEMBAYARAN

Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

Pelaksanaan pembayaran hanya dibuat kepada balu atau duda atau anak (bawah 21 tahun) atau ibu atau bapa kepada anggota awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan sahaja yang layak.

Namun, pembayarannya mempunyai pecahan seperti berikut:

  • 9/10 syer (90%) akan dibayar kepada balu/duda dan anak-anak bawah 21 tahun.
  • 1/10 syer (10%) akan dibayar kepada ibu, jika ibu telah meninggal, kepada bapa gemulah.
  • Syer penuh 100% kepada balu/duda/anak sekiranya ibu dan bapa gemulah sudahpun meninggal dunia.
  • Syer penuh 100% kepada ibu, jika ibu telah meninggal dunia, kepada bapa gemulah yang meninggal dunia berstatus bujang (tiada pasangan/tiada anak).

Secara tidak sedar, terdapat perbezaan antara 2 SKIM EX-GRATIA yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu SKIM EX-GRATIA BENCANA/SKIM EX-GRATIA KEMATIAN

CARA PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN

Bagi penjawat awam yang telah memilih skim pencen, permohonan Ex-Gratia Kematian akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.

Bagi penjawat awam yang memilih Skim KWSP, tatacara permohonan adalah seperti berikut:

Muat turun BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN disini

Isi maklumat gemulah, pemohon, anak, ibu atau atau bapa dan pengakuan pemohon dengan lengkap di dalam borang permohonan tersebut.

Borang tersebut kemudiannya perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.

Borang permohonan perlulah disertakan dengan dokumen berikut:

i) Sijil Buku Perkhidmatan Kerajaan yang disahkan.

ii) Kenyataan Cuti

iii) Sijil Kematian Anggota

iv) Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir setiap waris

v) Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika berkaitan)

vi) Sijil Lahir anak anggota

vii) Sijil Lahir Gemulah

viii) Akaun bank perseorangan setiap waris

ix) Borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Borang JPA.BP.SPT.B03a) (jika berkaitan)

x) Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)

xi) Borang Daftar Anak Kurang Upaya (Borang JPA.BP.UMUM.B04) (jika berkaitan)

xii) Sijil Akuan Berhutang dengan dokumen pembuktian yang lengkap

Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

Untuk soalan lazim berkaitan EX-GRATIA KEMATIAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pemohon yang ingin mengemukakan pertanyaan lanjut boleh menghantar email kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-8887 8777.

Tags: #APA ITU EX-GRATIA KEMATIAN #BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM #CARA PELAKSANAAN PEMBAYARAN #CARA PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN #JUMLAH PEMBERIAN EX-GRATIA KEMATIAN #SENARAI KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK #SIAPA YANG LAYAK TERIMA EX-GRATIA KEMATIAN?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM"