BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Jika anda gagal dalam permohonan BSH,jangan bimbang kerana kerajaan akan membuka permohonan rayuan BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup Rakyat) kepada pemohon yang gagal dalam mendapat bantuan berkenaan atau tidak berjaya membuat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka
Permohonan rayuan boleh dikemukakan secara atas talian (online) hanya untuk pemohon tidak lulus tertentu sahaja.
Selain dari status tidak lulus berkenaan ianya perlu dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan serta melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan BSH 2020 di cawangan LHDNM.
Jika BSH fasa 1,2 LULUS,BSH fasa 3 gagal, boleh buat RAYUAN BSH FASA 3
BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Berdasarkan sebelum ini, permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dibuat secara online hanya untuk pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja (Kod dan Alasan Tidak Lulus). Bagi BSH 2019, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan tarikh serta cara membuat rayuan pada 1 Julai 2019. Berikut adalah tarikh dan kaedah cara membuat permohonan rayuan BSH bagi tahun 2020 yang dikemaskini berdasarkan tahun 2019. Kemaskini secara rasmi akan dibuat sebaik sahaja diumumkan kerajaan
Anda kategori mana, boleh buat SEMAKAN BSH BUJANG,OKU & ISI RUMAH 2020 sekarang untuk semak jumlah bayaran bakal diterima
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020
CARA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan BSH 2020 iaitu menerusi atas talian dan hadir ke cawangan LHDN/PKH/UTC.
Berikut adalah cara untuk membuat rayuan bagi BSH 2019 mengikut alasan atau sebab tidak lulus (kod) tertentu yang diterima pemohon semasa membuat semakan keputusan. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
PERMOHONAN RAYUAN BSH ATAS TALIAN (ONLINE)
- Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup
- Sila klik pada butang Rayuan seperti dalam gambar di bawah:
- Sebaik tiba di laman seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad tanpa tanda sengkang (-) dan tekan butang carian
- Setelah berjaya memasukkan No. Mykad, ikuti langkah seterusnya untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020
PERMOHONAN RAYUAN BSH DI CAWANGAN LHDNM
Bagi pemohon yang tidak boleh membuat rayuan secara atas talian (online), permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula tarikh seperti dinyatakan di atas.
Jika anda gagal BSH,sila rujuk KOD TIDAK LULUS BSH 2020 untuk memudahkan anda sediakan dokumen sokongan untuk buat rayuan nanti
BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020(BK-07)
Borang Permohonan Rayuan BSH 2020 (BK-07) boleh didapati secara percuma di:
- Laman portal Rasmi BSH LHDNM
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
HANTAR BORANG BSH 2020
Anda boleh menghantar Borang BSH 2020 di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut: Peti Surat BSH,GPO Shah Alam,40800 Selangor
Nak buat rayuan BSH? Pastikan DOKUMEN RAYUAN BSH 2020 lengkap dan berkaitan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]
Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut
FacebookSila Klik LinkFacebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Tags: #BORANG PERMOHONAN BSH 2020(BK-01) #BORANG RAYUAN BSH 2020 #HANTAR BORANG BSH 2020 #PERMOHONAN RAYUAN BSH DI CAWANGAN LHDNM
SUZIANA BINTI SIMON7 months ago
BORANG PERMOHONAN BSH 2020
Zill fazilah binti ujang7 months ago
Zill fazilah binti ujang
Hairudin Bin A Rasid7 months ago
saya merayu sangat sangat agar borang kali ini d luluskan
Tuan Muhamad Moha7 months ago
Kerajaan Malaysia bermasalah jika hutang [email protected] tidak dijelaskan secara terang terangan.. cabar Allah akan ada natijahnya.. berkat Allah n Junaid tulllah akan muncul..
Ramli razalli7 months ago
Jika bila di semak jawapan nya DALAM PROSES makna nya tidak dapat ka. Tetapi sya di beri mytv baru2 ini mohon penjelasan drp pihak berkenaan
muhamad aizat bin mohammad nawi7 months ago
dalam peroses… dpt ke tak
Rahayu7 months ago
Masih dalam proses…tak tahu lulus atau gagal..sampai bila agaknye boleh tahu keputusan???fasa petama lulus rm 300 fasa kedua lulus rm200 fasa ketiga sampai hari ini masih dalam proses…
Ishak bin bidin7 months ago
Saya OKU kenapa tak lulus
ABULHASAN BIN S SHAIK DAWOOD7 months ago
Assalamualaikum saya dah pohon banyak kali saya tak dapat kenapa apa sebab
Rosni binti Omar7 months ago
Saya seorg balu/ ibu tunggal dgn anak 5 org. Baru² ini saya telah daftarkan nama saya mengantikan nama arwah suami sebagai pemilik tunggal syarikat sebab nak taruh nama anak pun masih bawah umur. BHS 1 & 2 saya lulus tapi BHS 3 tdk lulus. Saya berharap dapat membuat rayuan agar d pertimbangankan oleh pihak LHDN. Dlm keadaan ekonomi sekrg bisnes pun tdk dpt d buat kerana ekonomi yg tdk mementu. Sekurang²nya ada pendapatan untuk menambah pembelanjaan anak². Tq
Norhayati binti ahmad7 months ago
Pertama saya dapt …tu pn lambat tapi 2 dan 3 saya tak dapat …kenapa ???saya mendaftar dgn lhdn bila saya ceq pulak tiada dlm permohonan …yg pertama di luluskn …
Mohd fitri7 months ago
Salam smua saya pun tidak lulus tpi saya tak thu mcm mna nak buat dlm online pleassss gengg 🙏🙏🙏