BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

Masih menjadi persoalan dan keraguaan adakah BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING ? Jadi disini kita baca ulasan pakar berkaitan dengan Bantuan Prihatin M40.

BPN: PERHATIAN M40, KORANG KENA DECLARE TAX OR SETEL E-FILING UNTUK KORANG LAYAK TERIMA BANTUAN (JIKA ANDA LAYAK)

BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

Kalau korang perasan, dalam ucapan PM kita semasa mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tempoh hari. Ada di nyatakan jumlah penerima setiap bantuan mengikut jumlah pendapatan.

Aku rasa korang semua sedia maklum, julat pendapatan ISI RUMAH yang layak dapat bantuan ada seperti di bawah:

  • Pendapatan: <RM4k = Dapat bantuan RM1,600

Jumlah penerima: 4 juta ISI RUMAH

  • Pendapatan: RM4,001 – RM8k = Dapat bantuan RM1,000

Jumlah penerima: 1 juta ISI RUMAH

Kepada yang bujang yg umur >21 tahun pulak. Julat pendapatan adalah seperti di bawah:

  • Pendapatan: <RM2k = Dapat bantuan RM800

Jumlah penerima: 3 juta INDIVIDU

  • Pendapatan: RM2,001 – RM4k = Dapat bantuan RM500

Jumlah penerima: 400k INDIVIDU

Semua bantuan ni akan di bayar pada bulan April dan Mei.

BPN M40 :ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

Tapi, terlintas dalam kepala aku. Mana data jumlah penerima tu diperolehi? Maka aku pun tanya kawan2 dan cari sumber2 yang ada dan dipercayai kredibilitinya. Rupanya data itu diperolehi dari LHDN.

Make sense jugak, sebab mana lagi data nak rujuk berkenaan pendapatan rakyat Malaysia selain daripada LHDN. Betul tak?

 

Maka, aku pun bertanya sahabat yang kerja dekat LHDN. Ikuti perbualan aku dengan kawan aku ni:

PERTANYAAN TENTANG BPN M40 KEPADA KAKITANGAN LHDN

Aku: Salam bro, nak tanya sikit. Aku ada terbaca soalan lazim dan jawapan yg publish by LHDN. So, aku nampak pasal Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Apa benda tu?

Kawan: Alah..ko punya e-filing lah..Yang ko buat tiap2 tahun tu..

Aku: Ooo…BPN tu di bayar ikut apa yg kita declare lah ye.

Kawan: Yup. Tapi, ko kena faham ye pasal term PENDAPATAN ISI RUMAH tu ye…

Maknanya..nak dapat BPN:

RM1,600 – Pendapatan isi rumah kena bawah RM4k.

Contoh:

Suami je bekerja, gaji RM4k – LAYAK TERIMA BPN

Suami isteri kerja, gaji RM2k sorang – LAYAK TERIMA BPN sebab total pendapatan isi rumah RM 4,000 (RM 2,000 x 2)

Suami isteri kerja, gaji suami RM3k, isteri RM1k – LAYAK TERIMA BPN sebab total pendapatan isi rumah RM 4,000 (RM 3k+ RM1k)

Suami isteri kerja, gaji RM4k sorang – TAK LAYAK TERIMA BPN sebab total pendapatan isi rumah RM 8,000 (RM 4,000 x 2)

Aku: Owh…Ok..Jumlah pendapatan tu dah lepas tolak EPF, EIS and SOCSO ke, gaji kasar?

Kawan: GAJI KASAR atau apa2 sahaja pendapatan lain, OT, BONUS, DIRECTOR FEES..

So, sama je lah dengan bantuan untuk pendapatan ISI RUMAH RM4,001 – RM8k dan bujang tu.

So, siapa yang nak terima bantuan, WAJIB KENA SETEL TAX DECLARATION.

Kalau tak declare..Aduhai, tak dapat nak tolong…Tu pasal e-filing extend sampai 30 Jun 2020. Ko aware tak? Kalau tak e-filing sampai 15 Mei 2020 je.

Aku: Owh, aku tak aware. Extend ek. Ok2..abis tu yang baru je kerja and dapat gaji hari tak ada payslip macam mana? Dorang2 ni mana ada potong PCB. Mana ada record dekat LHDN or efiling.

Kawan: Kes2 macam tu boleh start apply besok, 1 April 2020. Through link2 ni:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING

Supporting document yang diperlukan bukti pendapatan.

Aku: Contoh bukti pendapatan apa?

Kawan: Paling senang payment voucher.

Aku: oooo…ok..TQ bro

Siapa yang tak declare tax or buat efiling 2019 tu..Cepat2 lah declare tax. Kalau tak melopong je lah tengok orang lain yang layak tu, terima bantuan.

Ir. Abdul Rahman Bahasa

31 March 2020

Tags: #BANTUAN PRIHATIN NASIONAL M40 #BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING #PERTANYAAN TENTANG BPN M40 KEPADA KAKITANGAN LHDN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      Belle IBRAHIM1 year ago

      Tapi kalau saya ibu tunggal, belajar part time, anak sorang, sara mak ayah duduk kat sarawak. Gaji 7.6K rumah sewa dengan member, sekali dengan mak ayah dia – gaji kita org dua kene tambah jugak ke utk kira satu isi rumah?

      Reply
    2. author

      Pojan12 months ago

      Nak tanya, kalau tak pernah declare tax walaupun dah kerja 3,4 tahun. Boleh ke daftar lhdn mcm biasa?

      Reply

    Leave a reply "BPN M40-ANDA KENA DECLARE TAX ATAU SETEL EFILING"