BPN STATUS DALAM PROSES

BPN STATUS DALAM PROSES

BPN STATUS DALAM PROSES

Ramai sudah mengeluh, ada yang naik angin,buntu dan keliru dengan BPN STATUS DALAM PROSES sejak awal APRIL lagi sehingga sekarang. Timbul juga keraguan apabila media melaporkan sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang melibatkan sejumlah sebanyak RM1.5 bilion telah diluluskan.

MAKLUMAN TERKINI PERMOHONAN BAHARU DAN RAYUAN BPN

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, dengan kelulusan itu sekurang-kurangnya RM1 billion peruntukan tambahan diperlukan berbanding RM10 bilion peruntukan awal.

Menurut beliau, pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan itu akan dibuat bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2020.

Bagi Fasa Pertama BPN, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, ini adalah peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion minggu lepas dan juga melibatkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, mulai 4 Mei, pembayaran Fasa Kedua dibuat secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini, bernilai RM3.7 bilion.

MAKSUD BPN STATUS DALAM PROSES

Ia bermaksud Bantuan Prihatin Nasional anda sudah diterima  dan sedang disemak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). LHDN memerlukan masa untuk membuat semak silang dan mengemaskini permohonan BPN yang melibatkan jumlah yang ramai dan kekangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Diharap anda bersabar kerana Menteri Kewangan telah melaporkan hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)  diluluskan.

LHDN perlukan sedikit masa untuk memaparkan status terbaru permohonan anda dan seterusnya membuat bayaran pada 15 MEI 2020.

TARIKH SEMAKAN BPN STATUS DALAM PROSES

Pemohon baru dan rayuan BPN setiap hari membuat semakan BPN STATUS DALAM PROSES untuk mengetahui sebarang keputusan LULUS atau GAGAL.

Walaupun demikian, tiada maklumat tentang tarikh untuk menyemak BPN STATUS bagi permohonan baru dan rayuan. Sedangkan tarikh pembayaran sudah hampir iaitu 15 Mei 2020.

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan

03-8882 9089/ 03-8882 9087 /03-8882 9191/03-8882 4565/03-8882 4566

LHDNM

1-800 882 747 / 03-8911 1000

Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).

Tags: #BPN STATUS DALAM PROSES #MAKLUMAN TERKINI PERMOHONAN BAHARU DAN RAYUAN BPN #MAKSUD BPN STATUS DALAM PROSES #TARIKH SEMAKAN BPN STATUS DALAM PROSES

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan

    Leave a reply "BPN STATUS DALAM PROSES"