BPR 2021:SEMAKAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

BPR 2021:SEMAKAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

BPR 2021

 

APA BPR 2021?

BPR adalah ringkasan kepada Bantuan Prihatin Rakyat

Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik

Persoalannya perlu daftar BPR? Rujuk CARA DAFTAR BPR

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Belanjawan 2021 hari ini, berkata BPR akan memastikan manfaat besar kepada golongan berkaitan.

Nak buat pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan?Rujuk SYARAT PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik adalah seperti berikut;

Pertama: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Kepada peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro yang layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA),sila rujuk LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR.

Ketiga: Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.

Keempat: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.

Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

Bantuan JKM 2021 meningkat? Sila rujuk SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM 2021

Maka dengan Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar

Dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi, Menteri Kewangan telah mengumumkan BSH kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Nak buat PERMOHONAN BPR 2021?

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan <RM2,500

21 tahun ke atas RM350

Kepada golongan B40,anda boleh mohon BANTUAN B40 RM180 untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru

Bantuan Prihatin Rakyat BPR 

Info lanjut tentang BPR 2021 boleh terus ke Telegram https://t.me/bpr2021

6 thoughts on “BPR 2021:SEMAKAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT”

  1. Salam sejahtera. Saya dari Butterworth.
    Ingin mohon bangtuan dari en.
    Saya seorang ibu tunggal.. Mempunyai 3
    Orang anak. Yang masih bersekolah..
    Saya cuma bekerja sambilan di rumah org.. Menabik upah. Saja. Tak seberapa. Sekian saja… Wassalam..

    Balas

Leave a Comment