BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN(Maksud & Tindakan yang perlu dilakukan pemohon)
Kepada penerima BPR Fasa 2/3 2021 yang telah membuat semakan status BPR terkini,jika dipaparkan BPR dalam proses pengkreditan,apakah maksud status ini?Apakah tindakan yang perlu dilakukan penerima jika menerima status begini?
MAKSUD BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN
Ia bermaksud Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) Fasa 2/3 anda dalam proses bank in ke akaun penerima BPR.
Contohnya,jika anda menerima BPR melalui Bank Islam,Kementerian Kewangan Malaysia sedang membuat bayaran BPR anda melalui Bank Islam dan Bank Islam pula akan memasukan duit BPR ke dalam akaun peribadi anda.
Nampak mudah kan?tetapi ia mengambil masa dan mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum untuk proses pengkreditan berlaku.
APA MAKSUD PENGKREDITAN TERUS BPR?
Ia bermaksud duit BPR masuk terus ke akaun bank.
Jika anda telah mendaftar nama bank dan nombor akaun dengan betul semasa membuat pendaftaran dan permohonan BPR.Pembayaran BPR adalah melalui pengkreditan terus.
bila duit BPR masuk?
APA MAKSUD PENGKREDITAN SECARA TUNAI BPR?
Jika anda gagal mendaftar/berlaku kesilapan semasa memasukan maklumat nama bank dan nombor akaun dengan tepat semasa membuat pendaftaran dan permohona BPR.Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pada status BPR akan dipaparkan nombor baucar BPR untuk memudahkan pelaksanaan pengkreditan secara tunai BPR di cawangan BSN.
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:
Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
- Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.
Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai kepada saya?
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
- Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat
- Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
Tags: #adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai kepada saya? #APA MAKSUD PENGKREDITAN SECARA TUNAI BPR? #APA MAKSUD PENGKREDITAN TERUS BPR? #Apa nak buat jika BPR dalam proses pengkreditan? #Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021? #BPR FASA 2 DALAM PROSES PENGKREDITAN #MAKSUD BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN #Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021
nurfarahana1 tahun ago
status bpr masuk akaun suami tp akaun suami dah mati adakah duit bpr tu masuk dlm akaun isteri
Hasmiedar1 tahun ago
Lambat yer
Mohamad alif bin abu bakar1 tahun ago
Saya nk tanya duit bpr kenapa lambar masuk ke akuan saya.apa maksuk dalam proses pengkreditan
azwa1 tahun ago
hari ni da 12hb x de pn msuk.. x buat persediaan apa pn.. mmg menghrpkn duit tu.. bju ank2 pn x bli.. x de rasa nk raya pn 😭😭
mohd shamri1 tahun ago
saya punya tiada lagi masuk. bilng sebelum hari raya , esok hari raya sdah ney. belum masuk2x gi.
MOHD SYAHIDUN BIN MAHMUDIN1 tahun ago
Saya sampai sekarang dalam peroses saya guna publick bank…tolong la saya perlu kan duit nie…
MOHD NURSALLAM BIN KAMARUDIN1 tahun ago
tiap kali semak dlm proses pengkreditan..bila mase mahu masuk lam bank..dpt msj kata lulus bpr..boley terangkan ..bila boley masuk lam bank..
razilhafizo bin samat1 tahun ago
sy guna akaun bsn…..sampai 13 hb dah 6 kali prgi bank tp x masuk pn bpr…raya tahun ni dgn duit 40 sen dlm poket
Sakri1 tahun ago
Saya punya status dlm proses pengkreditan apa harus saya buat kali pertama saya dapat kali kedua belom lagi
JAMIZAH Wahid1 tahun ago
Saya pun mcm tu juga cek dlm online masih dlm proses pengkreditan lgi tpi dpt sms lulus…. sampai skrg cek2 masih xde lgi
Albert bong1 tahun ago
BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN
mohd amir1 tahun ago
bpr dlm proses pengkriditan.. tapi sudah lulus. no akaun sy salah satu nombor.. masalahnya no baucer pon belum ada… mcm mana nak tahu no baucer?
Reney1 tahun ago
tiap kali semak dlm proses pengkreditan..bila mase mahu masuk dalam bank..saya guna CIMB…dpt msj kata lulus bpr…adik pun CIMB,tapi dah masuk..boleh terangkan ..bila boleh..masuk dalam bank..sampai hr ni 22/5/21 tak masuk masuk lg
Suhaimi Yusof1 tahun ago
Status permohonan. “LULUS”. “BPR Dalam Proses Pengkreditan”. Semasa mengisi permohonan. Saya tidak sedar akaun bank saya telah ditutup. Jadi tranksaksi ke bank itu oleh LHDN tidak boleh dikreditkan. Apakah langkah yang perlu saya buat untuk mendapatkan wang BPN yang lulus itu?
Rozana Abdul Wahab12 bulan ago
Macam mana nk tukar no. akaun… Bpr dh lulus tp tersilap no. akaun
Seuceant Suilin12 bulan ago
Bagaimanakah cara untuk memohon agar pengkreditan seterusnya dapat terus masuk ke akaun bank isteri?