BPR HASIL:PERMOHONAN,KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BPR 2021
Kepada yang ingin membuat permohonan baru, membuat kemaskini dan semakan status BPR 2021,boleh layari bpr hasil bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Adakah semua pemohon perlu membuat permohonan BPR Hasil 2021?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM.Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM.
Bagaimanakah cara untuk membuat Permohonan BPR 2021?
Anda boleh membuat Permohonan BPR 2021 seperti berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:
- Portal Rasmi BPR HASIL LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR LHDNM; atau
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Adakah semua pemohon perlu membuat kemaskini BPR 2021?
Pemohon yang perlu membuat kemaskini BPR 2021 adalah seperti berikut:
KEMASKINI NOMBOR TELEFON BPR
Penting kemaskini nombor telefon dalam sistem BPR HASIL,jika ada sebarang info berkaitan bayaran dan lain-lain,anda akan menerima SMS daripada pihak yang menguruskan BPR.
KEMASKINI STATUS PERKAHWINAN BPR
Kepada yang sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BSH/BPN 2.0 masih bujang.
Kepada yang sudah bercerai atau berpisah, boleh kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BSH/ BPN 2.0 masih berkahwin.
Bagi yang masih kekal BUJANG,anda tidak perlu kemaskini status
KEMASKINI NAMA DAN NOMBOR AKAUN BANK BPR
Jika akaun anda sudah tidak aktif, sila masukan nama dan nombor bank yang aktif bagi memastikan duit BPR berjaya dikreditkan ke akaun anda.
KEMASKINI BILANGAN ANAK TERKINI BPR
Jika ada pertambahan anak, anda boleh membuat kemaskini bilangan anak.
KEMASKINI WARIS BPR
Penting untuk anda membuat kemaskini siapakah pewaris anda dalam sistem MyBPR HASIL
Bilakah pemohon perlu membuat semakan status BPR 2021?
Pemohon yang perlu membuat semakan status BPR 2021 adalah seperti berikut:
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR DITERIMA/DIPROSES
Selepas buat permohonan baru BPR HASIL,sila buat semakan status permohonan BPR sama ada permohonan anda diterima/diproses:
- Sila log masuk ke portal BPR HASIL https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Sila masukan nombor MyKad, klik SEMAK
- Sila semak kata keselamatan,jika betul, masukan kata laluan BPR
- Kemudian klik PETI MEL
- Tekan perkataan SURAT
- Tekan PERMOHONAN BPR 2021
- Akan dipaparkan maklumat berikut ( Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan )
SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN BPR 2021(LULUS/GAGAL)
Berikut adalah cara buat semakan status kelulusan permohonan BPR HASIL 2021 sama ada lulus atau gagal:
- Layari https://bpr.hasil.gov.my
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan CAPTCHA
- Tekan SEMAK
- Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
- Jika layak,anda boleh membuat permohonan RAYUAN BPR.
SOALAN LAZIM BPR HASIL
Adakah semua penerima e-bantuan JKM tidak perlu mendaftar BPR 2021?
Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum atau pada bulan November 2020 tidak perlu mendaftar bagi permohonan BPR 2021. Perincian penerima e-bantuan yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Elaun Pekerja Cacat
ii. Bantuan Penjagaan OKU
iii. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
iv. Bantuan Orang Tua
Saya adalah OKU yang berdaftar dengan JKM tetapi bukan penerima e-bantuan. Adakah saya perlu membuat permohonan BPR 2021?
Ya. Anda perlu membuat permohonan BPR 2021 kerana tidak tergolong sebagai Penerima e-bantuan
Macam mana cara nak muat turun dokumen sokongan BPR?
Rujuk CARA KEMASKINI BPR 2021
Apakah contoh dokumen sokongan BPR?
Rujuk CONTOH DOKUMEN BPR
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPR HASIL
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Tags: #Adakah semua pemohon perlu membuat kemaskini BPR 2021? #Adakah semua pemohon perlu membuat permohonan BPR Hasil 2021? #APA ITU e-bantuan JKM? #Bagaimanakah cara untuk membuat Permohonan BPR 2021? #Bilakah pemohon perlu membuat semakan status BPR 2021? #BPR HASIL #KEMASKINI BPR HASIL #PERMOHONAN BPR HASIL #SEMAKAN STATUS BPR HASIL #SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN BPR 2021(LULUS/GAGAL) #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR DITERIMA/DIPROSES
Othman mohamad1 tahun ago
Bpr
Chelsea anak paul1 tahun ago
Saya telah buat permohonan , kemaskini bpr , dan telah hantar , saya nak tanya , status saya sekarang ibu tunggal anak satu , tapi saya dah register perkahwinan tahun lepas , bulan 10 , dalam proses perkahwinan 6 bulan baru sah , ,.. jadi sekarang saya nak tanya ????? kalau saya isi borang berstatus kawin , ..boleh terima dalam golongan b40 , mempunyai anak 1 5tahun …
Lily btechen1 tahun ago
BPR semak
Sue Ali1 tahun ago
Sy sudah isi apa yg bpr nk tp knp xdpt check
Roddy bin selidan1 tahun ago
Semakan status bpr
Khoo ling ling1 tahun ago
Saya sudah kemaskini tapi masih menunjukkan permohonan diterima saja sudah lebih tiga minggu tidak lulus lagi dan Saya ibu tunggal yg sudah cerai
Mohd taufiq1 tahun ago
Saye nak check kemaskini bpr saye.tolong ye
Mohd taufiq1 tahun ago
Please nak check bpr
Azaz Huri b Mohd Mokhtar1 tahun ago
Saya dh isi permohonan BPR tp mcm mana nk semak
FREDDYPIAW1 tahun ago
Kemaskini no. Acc bank
ELLINGWORTH BORMAN ANAK RUBY1 tahun ago
Semakan
Chew Cheng then1 tahun ago
Seaman status bpr 2021
AHMAD SAFIRAN BIN SHARIF1 tahun ago
Semakan status permohonan BPR fasa 2 2021
Liew Shiau siong1 tahun ago
Katanya dpt Bsh tidak perlu kemaskini…
Waktu semak tidak lulus juga
Jaimah atoh1 tahun ago
Knpa ye duit brp Sya xmsuk lg ye..pa mslh
Zaba bin yusoff9 bulan ago
Semak bpr dan bkc nak tahu masuk ke tak lagi …yang belum ada ACC bank