BPR ONLINE:CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Kepada yang layak untuk mohon BANTUAN PRIHATIN RAKYAT,anda boleh mohon BPR ONLINE sahaja,mudah dan senang.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) diumum oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2021.
BPR memainkan peranan yang sama secara bersasar dan kaedah pembayaran sedia ada mengikut butiran yang telah dikemaskini oleh pemohon. Mekanisme terperinci akan dimaklumkan oleh kementerian pada satu tarikh yang ditetapkan. Butiran permohonan BPR adalah seperti berikut.
Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU BPR?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
Rujuk TARIKH BAYARAN BPN 2.0 FASA 2 bermula 21 Januari 2020
KATEGORI PENERIMA BPR 2021
Berikut adalah Kategori Isi Rumah
RM2500 ke Bawah = RM1200 dan RM1800 (Lebih 2 orang anak)
RM2501 – RM4000 = RM800 dan RM1200 (Lebih 2 orang anak)
RM4001 – RM5000 = RM500 dan RM750 (Lebih 2 orang anak)
RM2500 (Bujang 21 tahun ke atas) = RM350
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Tarikh Permohonan Dibuka : Januari 2021
Tarikh Permohonan Ditutup : akan dikemaskini
Tarikh permohonan akan diumumkan oleh kementerian dari masa ke semasa. Sebanyak RM6.5 Bilion diperuntukkan bagi pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat yang akan memanfaatkan kepada 8.1 juta penerima.
BORANG PERMOHONAN BPR ONLINE 2021
Borang online akan dikemaskini sekiranya pautan online sudah disediakan oleh pihak berkenaan.
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR.Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat permohonan baru BPR 2021.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak
- Nama dan nombor akaun bank
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.
Sebelum buat permohonan,sila rujuk CARA DAFTAR BPR
CARA MOHON BPR ONLINE
Berikut adalah CONTOH cara mohon BPR ONLINE :
- Sila ke portal BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Sila tekan Log Masuk
- Masukan id pengguna iaitu nombor myKadDi bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Sila semak kata kunci keselamatan anda,jika betul,klik YA
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Masukkan Kata Laluan dan sila log masuk
- Sila semak dan lengkapkan Maklumat Pemohon
- Kemudian sahkan dan HANTAR permohonan
TARIKH PEMBAYARAN BPR 2021
Tarikh Bayaran BPR sebelum hari raya 2021
SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR
Maklumat terperici akan dikemaskini sekiranya terdapat maklumat terkini dimaklumkan.
Tags: #BORANG PERMOHONAN BPR ONLINE 2021 #BPR ONLINE #BPR ONLINE: CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT #CARA MOHON BPR ONLINE #SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR
mohd redzhuan bin norasip4 weeks ago
sy mohon bantuan prihatin rakyat…sy dah berkawin dan ada dua orang anak…
Mohamad Safruan bin Mohamad Shah3 weeks ago
Permohonan baharu
Mimi3 weeks ago
kalau bsh tk dapat dan bpn dapat perlu ke mohon bpr nih?
dayang salmiah binti Awang azmi2 weeks ago
Salam saya mohan bantuan Bpn dan BSH tak dpt adakah saya layak mohon BPR ni ?
NOOR HIDAYU BINTI ISMAIL2 weeks ago
salam saya mohan bantuan bsh tak dapat adakah saya layak mohon bpr ni
NOOR HIDAYU BINTI ISMAIL2 weeks ago
salam saya mohan bantuan bsh tak dapat adakah saya layak mohon bpr ni
Mohd Hisyam bin Nazalius2 weeks ago
Salam mohon bantuan BPR baru Mohan
Nooriza binti samsudin1 week ago
Assalamualaikum saya Nooriza…saya ingin memohon bpr Macam Mana ya
Kalidas7 days ago
Lama tan DA pat brim
Ranggung anak lanyau4 days ago
Saya memohon untuk dapat bantuan bpr
maimah4 days ago
sya dapat bpn prlu buat permohonan baru ka
Manokaran A/L Thirimilai2 days ago
Saya na mohon BPR macam mane EN
MOHAMAD AIDIl BIn a raham21 hours ago
Saya buat pu tak blh