BPR TAMBAHAN:SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN ISI RUMAH & BUJANG
Kerajaan akan terus mengutamakan agenda prihatin rakyat.
Ini terutamanya bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian dapat terus dibantu.
Tidak dinafikan, mereka inilah antara yang paling terkesan susulan penguatkuasaan PKP ini.
Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan
2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
APAKAH MAKSUD BPR TAMBAHAN?
BPR Tambahan ialah penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan
nilai bantuan melalui program PEMERKASA Tambahan
(PEMERKASA+) bagi meneruskan agenda prihatin rakyat.
Berapakah tambahan nilai bantuan BPR Tambahan yang akan diterima?
Tambahan nilai bantuan BPR Tambahan yang akan diterima adalah
seperti berikut:
SEMAKAN KELAYAKAN BPR TAMBAHAN
Berikut adalah senarai kategori yang layak dan kadar bantuan yang diterima:
Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPRtambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000 , akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. Golongan
bujang pula akan menerima 100 ringgit.
Secara ringkasnya, kategori yang terima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima bantuan PKP Lockdown 3.0 juga. Ini adalah bantuan tambahan untuk golongan berikut:
Golongan bujang berpendapatan < RM2500
Golongan isi rumah berpendapatan < 2500
Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 – RM5000
BPRtambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.
Macam mana nak mohon RAYUAN BPR?
SOALAN LAZIM
Adakah perlu mohon semula BPR ?
Tidak perlu,anda hanya perlu buat semakan kelayakan.
Berapa kadar bantuan BPRTambahan?
Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPRtambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000 , akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. Golongan
bujang pula akan menerima 100 ringgit.
Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat?
Pembayaran akan dibuat pada penghujung Jun 2021.
Berapa banyak duit bantuan tambahanBPR untuk PKP 3.0?
Berikut ialah kadar bantuan:
Golongan bujang berpendapatan < RM2500: Tambahan RM100
Golongan isi rumah berpendapatan < 2500: Tambahan RM500
Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 – RM5000: Tambahan 300
Pembayaran Fasa 2 BPR 2021 saya berstatus gagal kredit dan saya telah membuat penunaian di kaunter BSN. Adakah pembayaran BPRTambahan ini secara tunai?
Ya. Sekiranya pembayaran fasa 2 adalah gagal kredit, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.
Permohonan BPR 2021 saya berstatus tidak lulus. Adakah saya layak untuk mendapat BPRTambahan?
BPRTambahan adalah tambahan amaun bantuan kepada permohonan lulus BPR 2021. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat permohonan rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada perubahan). Sekiranya rayuan dipertimbangkan, anda layak menerima BPR 2021 berserta amaun BPRTambahan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertayaan,sila layari portal BPR : https://bpr.hasil.gov.my
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
BPR TAMBAHAN:SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN ISI RUMAH & BUJANG
BPR TAMBAHAN DAN SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN ISI RUMAH&BUJANG
Saya tak dapat
BPR TAMBAHAN :Semakan tarikh bayaran bantuan isi rumah
Belum di terime wang bpn katagori 2
Lulus …ada kah di biar kn atau lalaikn sahaja…
You say that I LULUS BPR and you send to my account only RM100.
I am 65 years old and I live alone and I have to fence for myself and still pay my bills. I lost my job as a kindergarten teacher. I have been doing all this through my saving which will soon run dry. You say you those who are the senior citizen will receive help but where are my help and aid. I still have to pay maintenances bill, electricity bills, water bill, Phone bill, Internet bill, grocery and food. All this is coming out of my saving every month. I need help every month. Where do I go for help being a Malaysian-born citizen. This is my email address: [email protected]